petua rebus jagung

Ramai yang sangka rebus jagung hanya masukkan air dan tunggu empuk, sedangkan ada petua rebus jagung mudah yang boleh buat rasanya jauh lebih sedap.

Cara rebus jagung yang betul mampu menjadikan jagung lebih manis, lembut dan beraroma semula jadi, menjadikannya snek yang sempurna untuk seisi keluarga.

Perkongsian ringkas oleh Rohaida Ieda di Facebook ini membuktikan bahawa tips rebus jagung menggunakan kulit jagung adalah rahsia lama yang masih berkesan hingga hari ini.

Baca juga: Tips Simpan Jagung Tahan Lama Sampai 3 Minggu, ‘Confirm’ Tak Kecut!

PETUA REBUS JAGUNG SUPAYA LEBIH WANGI

petua rebus jagung

Bahan-bahan untuk rebus jagung:

  • Jagung (pilih yang segar)
  • Garam
  • Gula secukup rasa
  • Air

Cara-cara rebus jagung yang betul:

1. Kupas kulit jagung, jangan buang semua kulit. Tinggalkan sedikit lapisan.

2. Buang rambut jagung sehingga bersih.

3. Susun jagung dalam periuk dan masukkan air hingga tenggelam.

4. Masukkan sedikit garam dan gula.

5. Rebus dengan api sederhana selama 20 hingga 30 minit sehingga empuk.

petua rebus jagung

Mengapa perlu tinggalkan kulit jagung?

  • Mengekalkan aroma semula jadi jagung.
  • Menjadikan jagung lebih wangi ketika direbus.
  • Mengelakkan jagung daripada cepat kering.

Tips tambahan supaya jagung rebus lebih sedap:

  • Gunakan jagung susu atau jagung manis segar.
  • Jangan rebus terlalu lama supaya tidak lembik.
  • Tambah sedikit mentega selepas direbus untuk rasa lebih lemak.
  • Tabur garam halus ketika makan jika suka.

Petua ini sering diamalkan oleh orang lama dan peniaga jagung rebus. Cuba petua ini di rumah dan nikmati jagung rebus paling wangi.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Rohaida Ieda

Baca juga: Cara Buat Jagung Susu Simple Di Rumah, Cuma 4 Bahan Tapi Sedap Lemak Manis!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN