Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin yang saling melengkapi. Penggunaan ikan tenggiri jeruk bersama cili padi juga memberikan rasa yang lebih kuat, manakala kailan pula menambah tekstur rangup pada setiap suapan.

Keistimewaan hidangan ini terletak pada tumisan bawang besar, bawang putih dan cili padi yang menaikkan aroma masakan. Ikan tenggiri jeruk pula digoreng terlebih dahulu sebelum digaul bersama kailan supaya rasanya lebih sebati.

Lebih sedap apabila kailan ikan masin ini dipadankan dengan telur mata yang kuningnya masih cair. Gaulkan kuning telur bersama nasi putih dan nikmati dengan kailan yang pedas. Gabungan ringkas ini memang cukup memuaskan!

Baca juga: Sayur Pak Choy Sos Tiram, Resipi Mudah Dengan Kuah Pekat Bawang Putih Macam Di Restoran!

RESIPI SAYUR KAILAN IKAN MASIN PEDAS

sayur kailan ikan masin

Bahan-bahan:

  • 1 ikat sayur kailan
  • 2 keping ikan tenggiri jeruk
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5–6 biji cili padi
  • 1 sudu besar sos tiram
  • ½ sudu kecil gula
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis
  • Serbuk perasa secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan goreng ikan tenggiri jeruk sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau.
  3. Masukkan sos tiram, gula dan serbuk perasa. Gaul sehingga sebati.
  4. Masukkan sayur kailan dan gaul rata bersama bahan tumisan.
  5. Masak sehingga sayur kailan layu tetapi masih rangup.
  6. Masukkan ikan tenggiri jeruk yang telah digoreng tadi. Gaul seketika dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Threads @khaleedanasuha

Baca juga: Resepi Baby Kailan Tumis Ringkas, Lauk Nampak Biasa Tapi Sedapnya Lain Macam

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending