
Ramai antara kita selalu rasa ruang peti sejuk tak pernah cukup, walaupun sebenarnya tak beli barang banyak sangat pun. Oleh itu, kenalah tahu cara susun barang dapur dalam peti sejuk.
Makanan susun bertingkat dan kadangkala, sayur pun boleh hilang dalam celah-celah tak disangka. Sebenarnya, semua tu boleh dielakkan jika tahu cara susun barang dapur dalam peti sejuk dengan betul.
Peti sejuk ada banyak jenis ruang untuk diisi, jadi dengan cara susun barang dapur ini dapatlah anda memanfaatkan penggunaan peti sejuk sebaik mungkin. Jom kita tengok caranya!
Baca juga: Lelaki Ini Dedah Cara Simpan Halia Tanpa Peti Sejuk, Segar Berminggu-Minggu Macam Baru Beli!
CARA SUSUN BARANG DAPUR DALAM PETI SEJUK

Kredit gambar: zinkevych dari Freepik
1. Bahagian ruang atas (top shelf)
Bahagian paling atas lebih sesuai digunakan untuk meletak makanan siap dimakan seperti susu, yogurt, kek dan baki lauk yang tak habis dimakan.
2. Bahagian ruang tengah.
Bahagian tengah pula sesuai digunakan untuk meletak bahan mentah yang sudah defrost dan nak masak cepat. Selepas defrost, boleh terus letak di ruang ini.
3. Bahagian ruang bawah sekali.
Bahagian ini sesuai untuk simpan daging mentah dan makanan laut bagi mengelakkan pencemaran silang (pemindahan bakteria berbahaya dari satu objek atau tempat ke tempat lain).
4. Bahagian laci (drawer) sayur dan buah.
Ruang ini bukanlah suka-suka untuk letak bawah, tapi sebenarnya suhu dan kelembapan di bahagian ini sesuai untuk sayur dan buah supaya sentiasa segar.
5. Bahagian pintu sisi.
Bahagian pintu sisi sesuai digunakan untuk meletak barang yang boleh tahan sedikit suhu panas seperti sos, air botol dan telur. Jangan letak susu di sini kerana cepat basi.
Bukan setakat buat nampak kemas, tapi tips ini membantu makanan tahan lebih lama dan mengelakkan pembaziran, Paling penting, ia memudahkan kerja memasak anda di dapur.
Semoga bermanfaat!
Kredit gambar muka depan: freepik dari Freepik
Sumber: jimatrumahz
Baca juga: Tips Simpan Sayur Kekal Segar Dalam Peti Sejuk, Tahan Walau Berminggu!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














