Singgang Ikan Tongkol

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Singgang Ikan Tongkol?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ikan tongkol 
  • 3 biji bawang putih (Dihiris nipis)
  • 1 inci lengkuas (Dihiris nipis)
  • 1 inci kunyit hidup (Dihiris nipis)
  • 7 biji cili api 
  • 5 keping asam gelugur 
  • 4 cawan air 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bersihkan ikan kemudian potong kecil. 
  2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. 
  3. Masakkan sehingga mendidih. 
  4. Sedia dihidangkan bersama nasi.

Leave a comment