nasi daging kurma

Mari cuba resipi Nasi Daging Kurma ini. Memasak jenis hidangan sekali harung atau “one pot meal” memang antara kegemaran ramai. Segala-galanya boleh dimasukkan bersama dan hanya perlu menekan butang on saja.

Mudah dan cepat. Anak-anak pula suka dengan nasi yang berperisa. Anda boleh mencuba sendiri resipi Nasi Daging Kurma. Ia mudah disediakan, hanya perlu campak-campak bahan dan tekan suis sahaja.

Baca juga: Nasi Mediterranean Ala Nando’s, Guna Beras Basmathi Elok Peroi Macam Ini

Menu ini juga sesuai untuk disediakan sebagai menu rumah terbuka ataupun majlis kenduri.  Berikut adalah resipi versi Khairul Abdullah yang beliau namakan sebagai ‘Nasi Daging Kurmaku Cintamu Mekar di Hatiku’ ala Superdaddy.

RESIPI NASI DAGING KURMA

nasi daging kurma

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 cawan beras, dibersihkan dan ditoskan
  • 250gm daging atau ayam. (Pilihlah daging bahagian lembut. Jika daging keras, sila direbus terlebih dahulu)
  • 4 sudu rempah kurma, mana-mana jenama pun boleh
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 biji bawang besar, dipotong dadu
  • 1 tangkai daun kari (pilihan) 
  • 1 helai daun pandan (pilihan), dicarik dan diikat simpul
  • 1 biji tomato (pilihan), dibelah 8
  • 1 tangkai daun sup (pilihan)
  • 1 sudu rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, dan buah pelaga)
  • 2 sudu minyak sapi atau boleh gantikan dengan butter atau marjerin
  • 1 sudu minyak masak
  • 1 cawan santan atau susu, atau jika tidak, gantikan dengan air
  • 1-2 cawan air (ikut jenis beras yang digunakan)

Bahan-bahan pilihan boleh diabaikan jika tiada, jangan risau.

Cara penyediaan:

1. Perap daging atau ayam dengan 1 sudu rempah kurma dan sedikit garam selama setengah jam.

2. Panaskan minyak sapi dan butter/minyak, tumiskan rempah 4 sekawan bersama bawang putih, bawang besar, daun kari, dan daun pandan sehingga naik bau.

3. Perlahankan api, masukkan 3 sudu rempah kurma yang telah dicampur sedikit air. Gaul sehingga naik bau, kemudian masukkan daging atau ayam tadi. Gaul rata dengan penuh kasih sayang. Jika ingin memindahkan ke periuk elektrik, lakukanlah sekarang.

4. Kemudian masukkan susu/santan jika ada atau jika dikehendaki. Jika tidak suka terlalu berlemak, boleh diabaikan. Teruskan dengan memasukkan air dan biarkan mendidih.

5. Masukkan beras, kacau rata dan tambahkan tomato dan daun sup jika ada. Tekan suis jika menggunakan periuk elektrik. Jika belum menggunakan, boleh terus memasak dalam periuk biasa.

nasi daging kurma

Hidangan siap!

Tips:

  • Gunakan ayam daripada daging untuk nasi ini, kerana ayam akan kekal lembap dan berperisa.
  • Daging akan menjadi kering dan kurang berperisa sedikit. Oleh itu, jika menggunakan daging, disarankan untuk membuat air asam sebagai pencicahnya.
  • Daging yang keras akan sukar dikunyah. Oleh itu, lebih baik direbus terlebih dahulu agar empuk dan gunakan air rebusan untuk memasak nasi.
  • Jika anda memiliki pengecut tekanan, ia boleh digunakan untuk menyediakan hidangan ini.

Selamat mencuba.

Baca juga: Nasi Pandan Tumis, Padankan Dengan Ayam Kicap Memang Onz!

Sumber: Khairul Abdullah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN