wajik

Siapa penggemar wajik atau wajid dekat sini? Selalu musim raya atau kenduri je baru dapat jumpa kuih pulut ini.

Tapi jarang betul nak jumpa orang jual wajik ini. Kebanyakan orang akan menjual dodol atau lemang je. Kalau balik kampung pun, baru dapat merasa wajik ini.

Baca juga: Jom Cuba Resepi Dodol Homemade, Hanya Guna 4 Bahan Dah Siap!

Resipi wajik ini telah dikongsikan sendiri oleh Zailah Ismail menerusi laman Facebook. Memang nampak mudah tapi kena rajin mengacau macam dodol tau!

RESIPI WAJIK @ WAJID

Bahan-bahan:

4 cawan beras pulut
5 cawan santan
4 cawan gula merah
1 cawan gula pasir

Cara-caranya:

1. Rendam beras pulut kira-kira 3-4 jam. Kemudian, kukuskan ia kira-kira 25 hingga 30 minit dan ketepikan.

2. Masak pula gula merah, apabila sudah cair boleh ditapis.

3. Sediakan kauali yang besar sikit. Mudah untuk mengacau wajik.

4. Letak balik gula merah yang sudah dicairkan tadi. Kemudian masukkan gula pasir, sedikit garam, dan santan.

5. Kacau sampai mendidih. Bila sudah likat, boleh masukkan pulut yang sudah dikukus dan kacau rata. Dah siap!

Mudah je kan nak buat kuih pulut wajik ini ikut sukatan cawan. Sangat praktikal dan sesuai untuk makan sendiri di rumah.

Terima kasih Zailah Ismail di atas perkongsian resipi ini. Tak perlu nak tunggu musim raya atau kenduri, dah boleh buat terus bila-bila teringin nak makan.

Pada masa yang sama, boleh kenalkan dekat anak-anak kuih tradisional melayu ini. Ye dok? Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN