Sayur Kacang Masak Sardin

Kategori: Resipi Ringkas, Resipi Bujang
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Mahu cuba kelainan sedikit...cubalah, ringkas saja masakan ini.


Bahan-bahan diperlukan:

  • Sayur kacang panjang atau buncis (1 ikat harga RM1)
  • 1 tin kecil sardin tin
  • *Bawang merah 3 biji
  • *Bawang putih 2 biji
  • *Halia 1 inci
  • *Cili padi (kalau mahu pedas, letaklah ikut tahap kepedasan yang dikehendaki)
  • Minyak untuk menumis
  • Garam, serbuk perasa dan gula (kalau mahu rasa manis sedikit)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Tumbuk lumat bahan bertanda *.
  2. Tumis sampai kuning sedikit.
  3. Masukkan sardin, kuah sardin masukkan separuh saja. Tumis 2 - 3 minit, masukkan garam, serbuk perasa dan gula (jika mahu rasa manis).
  4. Masukkan sayur kacang yang telah dihiris memanjang.
  5. Kalau mahu berkuah masukkanlah air sedikit. Masaklah sampai sayur kacang layu, sesuaikanlah rasa kemudian boleh angkat dan makan dengan nasi.

Leave a comment