jejari roti

Jom cuba jejari roti bersalut tepung ni. Sekali pandang nampak macam kentang, tapi guna roti buku je! Kalau sayang roti dah nak tamat tempoh tapi banyak lagi, boleh cuba resipi ini pula.

Teksturnya yang rangup memang enak betul untuk dijadikan minum petang bersama anak-anak. Nak buat jadi sarapan pun tiada masalah sebab hanya guna dua bahan sahaja kemudian digoreng rangup.

Sangat sedap dicicah bersama sos cili dan hirup milo atau teh panas. Fuhh! 

Baca juga: Jom Buat Bayam Brazil Celup Tepung, Sedap Dan Rangup Krup Krap

Mungkin ada yang pelik dan tak pernah rasa. Tapi sekali korang cuba mesti suka. Sebab rangup macam makan keropok je rasanya. Bila guna tepung bestari ni rangup dia memang lain macam.

Resipi ini masih lagi trending walaupun zaman PKP dah lama berlalu. Jom ikuti resipi dari perkongsian Yusreena Said Yusz.


RESIPI JEJARI ROTI BERSALUT TEPUNG

Nak buat untuk menjual pun tiada masalah sebab min belum jumpa lagi ada yang buat jualan jejari roti ni. mungkin sebab ia mudah untuk dibuat, jadi sesiapa sahaja boleh buat di rumah masing-masing. Buat aktiviti dengan anak-anak pun sesuai.

Portion hidangan: 2-3 orang makan

jejari roti bersalut tepung

Bahan-bahan:

  • Roti Buku (nak guna roti apa pun boleh)
  • Tepung bestari (nak guna spicy atau original pun boleh)

Cara-caranya:

  1. Mula-mula sekali, potong roti kepada bentuk jejari. Ikut kita nak saiz Panjang mana. Buat sedang-sedang supaya mudah anak-anak nak makan.
  2. Seterusnya, masukkan sedikit tepung bestari ke dalam mangkuk. Tuang sedikit air dan bancuh sampai sebati.
  3. Jangan terlalu likat dan jangan terlalu cair.
  4. Ambil pinggan dan tuang sedikit tepung bestari yang kering.
  5. Panaskan minyak dalam kuali. Ambil roti, celupkan dalam bancuhan tepung kemudian golekkan ke dalam pinggang. Pastikan setiap sudut bersalut.
  6. Masukkan dalam kuali dan goreng sampai kekuningan. Buat sampai habis roti .
  7. Dah nampak bertukar warna gold tu, angkat dan toskan.
  8. Hidangkan bersama sos cili dan mayonis jika suka.

Sesekali nak buat untuk berkelah, atau kumpul dengan family makan ramai-ramai boleh lah jimat sikit. Buat jejari roti bersalut tepung ni je bagi menggantikan kentang goreng. Apa yang penting semua orang suka.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN