sup jagung dan isi ketam

Mak-mak tak perlu susah hati lagi jika anak tak nak makan. Boleh cuba resipi sup jagung & isi ketam Ala Chinese Style ni, pasti buat anak makan bertambah-tambah. Cuti hujung minggu ini, apa kata cuba pancing selera anak-anak dengan resipi sup jagung dengan isi ketam ini.

Mak-mak memang bertuah jika anak jenis yang suka makan dan tak kisah dengan apa juga yang kita masak. Ini kerana ada anak-anak yang jenis memilih dan cukup payah untuk diajak makan meski telah mencuba pelbagai menu untuk memikat selera mereka.

Artikel berkaitan: Cara Buat Sup Cendawan, ‘Comfort Food’ Masa Hujan-hujan Layan Betul!

Resipi istimewa yang dikongsikam oleh Siti Nor Zainab Taib ini bukan sahaja enak, malah sihat untuk hidangan seisi keluarga. Anak gerenti suka! Cara nak buat pun senang je.

Resipi Sup Jagung Dan Isi Ketam Ala Chinese Style

Bahan-bahan:

  • Isi ketam/udang dipotong kecil-kecil
  • Isi ayam dipotong kecil-kecil
  • 1 paket cendawan
  • 2 inci lobak merah
  • Setongkol jagung manis dihiris nipis
  • Tumbuk: 3 biji bawang putih + 1/2 inci halia
  • 2 biji telur putih dikacau ringan
  • 4 sudu besar tepung jagung, dibancuh dengan sedikit air
  • 3-4 sudu sos ikan
  • 1 liter air

Cara memasak:

1. Panaskan air dan jagung dalam periuk sehingga air mendidih.

2. Masukkan isi udang/ketam dan ayam, bawang putih dan halia tumbuk. Biarkan seketika. Masukkan cendawan dan lobak merah. Biarkan seketika.

3. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan lihat kepekatan. Biasanya 4 sudu tepung tu dah cukup pekat bagi saya. Masukkan sos ikan dan garam secukup rasa.

4. Akhir sekali tuangkan putih telur sedikit demi sedikit sambil sup dikacau nak bagi telur tu bertali halus. Kacau sampai telur masak (kejap je) and then tutup api. Sedia untuk dimakan.

Selamat Mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN