nei urundai

Nei urundai atau dikenali dengan nama bebola minyak sapi merupakan salah satu manisan tradisional sempena Hari Deepavali.

Manisan ini juga merupakan salah satu kuih kegemaran anak-anak mungkin disebabkan oleh rasanya yang manis.

Kuih ini diperbuat dari tepung kacang dal, minyak sapi, rempah dan buah kismis. Setelah siap, ia akan dibungkus menggunakan kertas warna.

Jika ada yang belum pernah mencubanya dan teringin nak rasa, anda boleh cuba buat sendiri menggunakan resipi perkongsian oleh Kesavan Supramaniam di bawah.

Baca juga: Cara Buat Muruku Cheese, Kudapan Kegemaran Semua, Wajib Cuba Sempena Deepavali

NEI URUNDAI (BEBOLA MINYAK SAPI)

nei urundai

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan kacang hijau yang siap dibuang kulit untuk ghee ball
  • 1/2 cawan gula
  • 1/4 (tolak 2 tsp) minyak sapi
  • 2 biji buah pelaga
  • 6 biji gajus dipotong kecil
  • Sedikit kacang hijau yang dibuang kulit (untuk dijadikan serbuk untuk mngolek ghee balls tadi supaya tak melekat antara satu sama lain)

Cara-cara:

1. Sangai sekata kacang hijau atas api sederhana sehingga keperangan. Sejukkan seketika sebelum dikisar jadi serbuk halus. Hati hati, jangan sampai kisar terlampau panas dan rosak. Ini termasuk untuk kacang hijau yang kita nak jadikan serbuk dan golekkan bebola.

2. Kisar halus gula bersama biji biji buah pelaga. Kemudian, panaskan 2 tspn minyak sapi dan goreng sehingga perang sedikit.

3. Dalam bekas stainless steel, campurkan semua bahan kering. Biar sekata. Panaskan minyak sapi sehingga betul betul panas. Tuangkan ke dalam bekas tadi (akan kelihatan buih-buih pada minyak tadi).

4. Gaul sekata menggunakan spatula kayu. Kepalkan pada saiz yang dikehendaki. Elok buat semasa adunan masih panas. Kepal dengan kuat supaya bebola itu padat.

5. Golekkan atas tepung kacang hijau di dalam dulang yang siap diletakkan serbuk kacang hijau. Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Suriani Mohd, Noor Nds

Baca juga: Resipi Ayam Karahi Yang Mudah & Ringkas, Salah Satu Masakan Yang Popular Di Pakistan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN