Pankek Kelapa Muda

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 6 Orang

Bagaimana cara nak masak Pankek Kelapa Muda?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 cawan kelapa muda (Diparut) 
  • 1 cawan air kelapa muda atau air biasa 
  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1 sudu teh baking powder 
  • 1 biji telur 
  • 1 sudu teh garam 
  • 1 cawan air suam 
  • Sedikit marjerin

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Gaul rata semua bahan kecuali marjerin. Bancuhkan adunan hingga sedikit cair. Sekiranya pekat, tambahkan sedikit air. 
  2. Panaskan kuali non-stick dan sapukan sedikit marjerin. 
  3. Letakkan 1 senduk adunan dan tutupkan kuali. 
  4. Masakkan dengan api paling kecil. 
  5. Terbalikkan adunan dan angkat apabila nampak sudah kuning keemasan. 
  6. Hidangkan bersama gulai ayam, daging, madu, jem ataupun susu.

Leave a comment