Nasi Goreng Cina

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 3 Orang

Makanan yang senang dan cepat dibuat tu kadang-kadang lebih enak sebenarnya. Jadi, apa kata korang cuba hidangan lazat yang pasti membuka selera dan jiwa ni. Layari laman youtube kami untuk menonton lebih banyak video menarik mengenai resipi dan masakan. www.youtube.com/myresipi


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 cawan nasi putih
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang merah
  • Ayam
  • Udang
  • 2 biji telur
  • Sayur campur
  • Garam
  • Lada putih
  • Minyak bijan

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak bijan.
  2. Tumis bawang putih dan bawang merah.
  3. Masukkan ayam dan tumis hingga masak.
  4. Masukkan udang dan tumis hingga masak.
  5. Masukkan sayur campur; gaul.
  6. Masukkan garam dan lada putih; gaul.
  7. Masukkan telur, dan biarkan masak.
  8. Masukkan nasi dan gaul hingga sebati.
  9. Hidang!

Leave a comment