resipi kuih karipap

Mari cuba buat resipi kuih karipap yang semakin mendapat tempat di mata dunia ini. Selepas roti canai menjadi hidangan kedua terbaik di dunia, kini giliran karipap pula dinobat pastri kelima terbaik dunia.

Kuih yang sinonim dengan inti kentang, keledek dan sardin itu berada dibelakang beberapa lagi pastri dari Portugal dan Greece. Hal tersebut dikongsikan TasteAtlas apabila menyenaraikan 100 pastri dan kuih muih terbaik di dunia dan karipap berada di dalam senarai tersebut.

Karipap ini merupakan sejenis kuih dengan kulit pastri yang diisi dengan inti seperti kentang atau keledek berperisa kari. Ada juga yang menambah potongan ayam ataupun daging di dalam inti tersebut serta perisa sardin bagi memperbagaikan jenis karipap.

Dapat Ranking Pastri Kelima Terbaik Dunia 

Dalam keterangan pihak TasteAtlas, kuih ini merupakan antara snek makanan yang cukup popular di Malaysia dan dihidangkan pada waktu sarapan pagi bahkan pada minum petang.

Kerana kesederhanaan dan rasanya yang sedap, karipap cepat popular di luar Malaysia terutamanya di Thailand dan Singapura. Terdahulu, roti canai telah dinobatkan sebagai roti terbaik dan menjadi hidangan kedua terbaik di dunia menurut TasteAtlas.

Baca juga: Karipap Transparent, Terang Lagi Bersuluh Nampak Isi Dalam, Resipi Viral Wajib Cuba!

Perkara tersebut sudah tentu menggembirakan rakyat Malaysia memandangkan dua juadah berkenaan adalah makanan yang sering diperoleh lebih-lebih lagi di gerai-gerai pada awal pagi serta waktu petang.

Dengan kedudukan tempat ke-5 diambil oleh karipap, sekali gus kuih tradisional Malaysia ini telah mengalahkan croissant dan juga kunafah yang juga merupakan antara makanan yang digemari oleh rakyat Malaysia.

RESIPI KUIH KARIPAP YANG SEDAP

resipi kuih karipap

Bahan-bahan kulit:

  • Tepung gandum 3 cawan
  • Minyak 2 sudu besar
  • Marjerin 2 sudu besar
  • Air 1 cawan 
  • Sedikit garam

Bahan-bahan inti:

  • ½ kg ubi kentang dipotong dadu
  • Isi ayam dipotong dadu kecil
  • 1 pek kecil rempah kari ayam
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • Daun sup/daun bawang
  • Garam
  • Minyak masak untuk menumis
  • Air secukupnya

Cara membuat kulit:

1. panaskn minyak + marjerin.

2. Masuk dalam tepung. Gaul dengan sudu + garam ( jangan guna tangan untuk elak melecur)

3. Bila sudah sejuk sedikit, gaul dengan tangan biar sebati. Masuk air sedikit-demi sedikit untuk jadikan doh.

4. Bulat-bulatkan dan rehatkan dalam peti.

Cara buat inti:

1. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk.

2. Tumis bawang putih hingga harum dan kembang.

3. Masukkan rempah kari ayam dan tumis sehingga terbit minyak.

4. Masukkan potongan ayam dan garam ke dalam kuali. Gaul rata dan biarkan ayam masak sehingga berubah warna.

5. Tambahkan ubi kentang yang dipotong dadu kecil ke dalam kuali. Gaul rata dengan bahan-bahan lain.

6. Tuangkan air secukupnya ke dalam kuali dan biarkan semua bahan masak hingga ubi kentang menjadi lembut dan kuah pekat.

7. Masukkan daun sup atau daun bawang ke dalam kuali. Gaul rata dan biarkan sebentar sehingga daun menjadi layu.

8. Periksa dan tambahkan garam secukupnya untuk menguatkan rasa jika diperlukan.

9. Biarkan inti karipap sejuk sebelum digunakan sebagai inti untuk karipap.

Tips tambahan:

  • Goreng karipap dengan minyak sejuk untuk kulit karipap yang licin
  • Goreng karipap dengan minyak panas untuk kulit karipap yang menggerutu.

Sekarang, anda boleh menggunakan inti karipap ini untuk membungkus dalam kulit karipap dan digoreng sehingga keemasan. Selamat mencuba!

Sumber: Taste Atlas, Facebook

Baca juga: Kulit Karipap Daun Sup, Memang Harum Dan Sedap Teksturnya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN