Ayam adalah sumber daging putih yang paling popular di dunia kini. Bukan sahaja diguna meluas di isi rumah, daging ayam juga menjadi menu utama francais makanan segera gergasi dunia seperti KFC, Texas Chicken dan McDonald’s.

Akan tetapi, sebelum populariti ayam mendominasi dunia, sebenarnya sebilangan besar manusia di dunia menikmati daging putih daripada sumber berlainan. Sumber ini adalah daging arnab.

Arnab digunakan dan dibiak meluas di beberapa negara di dunia seperti Amerika Syarilkat, Itali, Sepanyol dan China. Pada zaman dahulu juga, arnab dibiak di negara-negara besar sebagai sumber makanan di Greek, Rom dan kepulauan Mediterranean.

Pada tahun 70an, arnab juga digunakan secara meluas di Amerika Syarikat sebagai sumber industri pelbagai. Selain daripada sumber daging, arnab telah digunakan sebagai sumber lemak, makanan haiwan, bulu, binatang makmal dan juga sumber kulit Arnab dibiak secara meluas dan bersistem sebelum digantikan dengan penternakan haiwan lain seperti lembu dan ayam sebagai sumber gantian.

Arnab alternatif bagi daging ayam

Kini, dengan peningkatan mendadak harga lembu dan ayam, arnab dilihat sebagai sumber alternatif bagi daging ayam. Di Malaysia juga, banyak usaha telah dimulakan oleh individu dan syarikat dalam memasarkan dan mengindustrikan arnab sebagai alternatif daging. Pelbagai produk juga sudah boleh didapatkan secara meluas seperti daging burger, daging perap dan juga menu makanan segera.

Pembiakan dan penjagaan arnab lebih mudah

Pembiakan dan penjagaan arnab juga lebih mudah dan kurang pencemaran berbanding dengan penternakan ayam dan lembu yang sinonim dengan masalah penyakit, pencemaran sisa dan bau.

Harga daging arnab kini sudah hampir menyamai harga daging daging ayam. Jika perindustrian arnab dirancakkan lagi, tidak mustahil ia mampu jadi lebih murah daripada ayam.

Arnab juga senang dijaga dan secara semulajadi memilih untuk tinggal di kawasan sempit. Menerusi beberapa siri kajian, arnab akan memilih untuk berada di ruangan yang lebih sempit berbanding dengan ruangan lain yang lebih luas walaupun ruangan sempit itu sudahpun padat dengan arnab lain.

Berbanding ayam yang tidak selesa dan banyak yang mati apabila dikurung beramai-ramai di dalam satu reban. Sistem sangkar berasingan juga memudahkan pembersihan tinja dan proses memberi makan. Arnab akan diberi makan dalam bekas makanan sendiri dan tidak perlu berebut dengan arnab lain.

Berbeza dengan penternakan lembu dan ayam yang dikumpulkan dalam satu sangkar dan reban yang sara beramai-ramai, penternakan arnab dilihat lebih berperikeranusiaan dan teratur. Arnab juga tidak berkokok, mengembek mahupun melenguh. Oleh itu, pencemaran bunyi juga dapat dilurangkan dengan penternakan arnab.

Ini membuka peluang bagi petani bandar yang dahulunya sukar untuk membuat penternakan di kawasan padat kerana bimbang dengan aduan bunyi.

Kandungan protein arnab lebih tinggi

Mungkin ramai yang tidak tahu, arnab hanya mengandung selama 30-32 hari sahaja. Arnab juga boleh mengawan semula sebaik sahaja ia melahirkan anak. Sekali melahirkan anak, arnab berupaya melahirkan sehingga 8-12 ekor anak arnab. Dalam amalan industri, arnab jantan dan betina akan diletakkan berasingan dan hanya dibenarkan mengawan semula dalam kitaran subur seterusnya. Ini bagi membolehkan arnab betina berehat selama lebih kurang 14-18 hari sebelum mengawan semula bagi memastikan hasil yang lebih baik.

Seekor arnab betina berupaya menghasilkan sehingga 40-60 anak arnab dalam setahun dalam kitaran & 12 kelahiran setahun. Arnab akan disembelih setelah cukup umur dalam lingkungan 9-13 minggu. Seekor arnab yang sihat boleh mencapai berat sehingga 2-2.8kg. Daging arnab juga lebih shat berbanding daging ayam dengan kandungan lemak dalam daging yang lebih rendah. la juga mempunyai kandungan protein yang lebih tinggi secara purata.

Daging arnab juga diterima secara universal bagi setiap pelosok penduduk di dunia. Penganut agama yang memakan daging juga tidak melarang pemakanan daging arnab. Bagi penganut agama Islam, daging arnab adalah halal dan tidak dilarang pemakanannya. Ada pelbagai baka arnab di dunia dan antara yang popular adalah arnab putih New Zealand dan arnab daging California.

Saya juga secara peribadi sudah mula menukar menu saya kepada daging arnab memandangkan kini sudah mula senang diperolehi. Daging arnab juga boleh dijadikan sebagai ganti bagi menu ayam dengan mudah kerana sifatnya sebagai daging putih yang menyamai daging ayam. Rendang arnab dan daging arnab bakar antara kegemaran saya.

Sumber: OMG Hackers

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN