Mi Soto Madura

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 10 Orang

Bagaimana cara nak masak Mi Soto Madura?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 5 sudu makan minyak masak 
  • 2 liter air 
  • 1 kg daging (dipotong 8) 
  • Garam secukup rasa 
  • Mi kuning secukupnya 
  • 1 mangkuk tauge (dibuang akar) 
  • 1 pokok daun bawang (Dihiris)
  • 1 pokok daun sup (Dihiris)
  • Sedikit bawang goreng 
  • 5 biji telur rebus (Dibelah 2)
  • 5 biji limau kesturi (Dibelah 2)
Bahan B (Tumisan)
  • 2 inci kulit kayu manis 
  • 4 biji buah pelaga 
  • 3 kuntum bunga lawang 
  • 5 kuntum bunga cengkih 
Bahan C (Dikisar)
  • 6 biji bawang merah 
  • 4 ulas bawang putih 
  • 2 inci halia 
  • 1 inci lengkuas 
  • 1 inci kunyit hidup 
  • 3 batang serai 
  • 3 sudu makan rempah sup 
  • 1 sudu teh lada hitam 
  • 5 biji buah keras 
Bahan D (Kicap Pedas)
  • 10 biji cili api 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 2 sudu makan kicap manis 

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak masak di dalam periuk. Tumis semua bahan B dan bahan C sehingga wangi.
  2. Masukkan air, daging, dan garam. Masakkan sehingga daging lembut.
  3. Keluarkan daging dan hiris nipis.
  4. Bagi membuat kicap pedas pula, panaskan sedikit minyak dan gorengkan cili api dan bawang putih sehingga layu. 
  5. Kisar halus bahan yang digoreng dengan kicap. 
  6. Hidangkan dengan mi kuning, tauge, daun bawang, daun sup, bawang goreng, telur rebus, limau kesturi, dan kicap pedas. 

Leave a comment