sup telur

Tiada idea nak masak apa untuk makan tengahari anak-anak? Apa jom ibu-ibu cuba masak sup telur yang sedap dan mudah untuk disediakan ini.

Anak-anak pun dijamin suka sampai makan bertambah. Ibu mana tak seronok kalau anak makan berselera kan?

Jom baca cara memasak sup telur ini di bawah yang merupakan hasil perkongsian oleh Puan Nora Azni. Semoga bermanfaat!

Cara Buat Sup Telur Paling Sedap

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur ayam
  • 7 biji fishball (belah dua)
  • Setengah biji carrot ( belah dua dan potong biasa)
  • 3 ulas bawang putih(dicincang)
  • Kiub pati ayam(guna separuh je)
  • Lada sulah
  • Garam
  • 2 gelas air putih (kalau guna banyak telur lebih kan air untuk kuah)
  • Minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan 1 sudu besar minyak masak, tumiskan bawang putih. Tumis sehingga bawang nampak kuning dan sedikit garing. Kemudian masukkan carrot.
  2. Tambahkan 2 gelas air putih. Perasakan dengan kiub pati ayam, garam dan sedikit lada sulah. Bila kuah dah mendidih. Kecilkan sedikit api dapur.
  3. Pecahkan telur sebijik ke dalam mangkuk dan tuang ke dalam periuk. Ulang sampai habis telur. (biar sekejap sampai telur masak, jangan kacau)
  4. Bila dah nampak telur masak elok seketul-seketul. Boleh masukkan fishball. Dah masak, tutup api dan hidangkan dengan tabur bawang goreng dan daun sup.

Selamat mencuba!

sup telur

Kredit: Nora Azni

Baca juga: Suka Masak Lemak Telur? Ikut Petua Ini Supaya Telur Elok Tak Pecah