PENULIS

MyResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-11-25

Kepada yang suka buat kuih berasaskan kelapa parut atau suka memasak menggunakan kelapa parut mesti kena simpan banyak stok kelapa parut betul tak? Ada yang guna kelapa parut untuk nak buat inti la, nak campur dalam adunan kuih dan nak perah jadi santan. Jadi kadangkala kalau simpan lama-lama, kelapa parut boleh rosak. Jadi apa kata kita cuba petua kelapa parut tahan lama yang dikongsikan oleh Niza Hamid di Facebook.

Kredit: Niza Hamid

BAHAN-BAHAN

  • Kelapa parut
  • Sedikit garam

CARA-CARA

  • Letakkan kelapa parut dalam loyang.

  • Taburkan dan gaulkan garam pada parutan kelapa hingga rata. Fungsi garam adalah sebagai anti pereputan dan buat tahan lama.

  • Masukkan loyang ke dalam kukusan yang telah dipanaskan. Kukus selama 15 minit.

  • Biarkan sehingga sejuk dan masukkan ke dalam plastik. Anggaran sekali masak. Simpan dalam peti sejuk bahagian sejuk beku.

  • Bila nak guna, keluarkan berapa banyak nak guna dan kukus semula.

TIPS TAMBAHAN

Kalau nak buat santan pekat, kisar kelapa parut dengan sedikit air sebelum ditapis. Boleh ulang kisar hingga 3 kali.

Kredit: Niza Hamid

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN