PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-07-26 17:24:16

Kuih tiram atau kuih lidah buaya ni merupakan kuih melayu tradisional Melayu Brunei yang masih boleh didapati di seluruh Malaysia. Kuih ni sesuai sangat untuk dimakan waktu minum petang sambil dihidang dengan teh o panas buat seisi keluarga. Cara nak buatnya pun senang, hanya guna 3 bahan je! Ikut je resipi yang Mas Cotek kongsikan di laman facebook miliknya.

Kredit: Mas Cotek

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
  • 2-3 sudu minyak masak
  • Air

Bahan Layer:

  • Minyak
  • Tepung ubi

Cara-cara:

1. Campurkan tepung gandum, garam dan minyak masak. Ramas-ramas sehingga berderai menggunakan hujung jari.

Kredit: Mas Cotek

 

2.  Masukkan air sedikit-sedikit sehingga doh sudah tidak melekat di tangan dan di besen.

Kredit: Mas Cotek

 

3. Uli lagi doh dalam 10 minit sehingga ia menjadi lembut. Kemudian, bahagikan doh kepada 4 bahagian.

Kredit: Mas Cotek

 

4. Taburkan sikit-sikit tepung pada papan pencanai untuk mengelakkan doh daripada melekat di papan. Kemudia, mula untuk canaikan doh.

Kredit: Mas Cotek

 

5. Untuk menghasilkan pes atau layer pula, masukkan tepung ubi sehingga teksturnya menjadi likat. Kemudian, masukkan minyak sikit-sikit.

Kredit: Mas Cotek 

 

6. Gunakan bahan layer tadi dan ratakan pada doh yang sudah dicanai tadi.

Kredit: Mas Cotek

 

7. Kemudian, mula untuk menggulung kesemua doh. Selepas siap menggulung, potong doh dalam anggaran 1/2 inci.

Kredit: Mas Cotek

 

Kredit: Mas Cotek

 

8. Ambil 1 bahagian yang dipotong tadi, tekan menggunakan jari dan kemudian canaikan sehingga menjadi leper. Lakukan untuk kesemua doh yang lain.

Kredit: Mas Cotek

 

Kredit: Mas Cotek

 

9. Panaskan minyak dan mula menggoreng. Gunakan lidi untuk membuka kelopak-kelopak tiram tadi. Lakukan dengan teliti supaya hasilnya akan menjadi lebih cantik!

Kredit: Mas Cotek

 

10. Toskan dan biar untuk seketika. Tunggu sehingga kuih tiram sejuk kemudian baru boleh digaul dengan gula.

Kredit: Mas Cotek

 

Kredit: Mas Cotek

 

Kredit: Mas Cotek

 

Siap! Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN