BUBUR CANDIL

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 1 Orang

Sesuai untuk minuman petang.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 cawan tepung pulut
  • 1 sudu kecil tepung gandum
  • Sedikit kapur sirih
  • 3 cawan santan
  • 3 sudu besar gula merah
  • 1 sudu besar gula pasir
  • Sedikit garam/daun pandan
  • 2 ulas buah nangka
  • Sepotong halia

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Tepung pulut, tepung gandum dan kapur sirih dibancuh dengan air hingga menjadi doh.
  2. Bulatkan doh kecil-kecil dan picit hingga leper sedikit.
  3. Rebus doh-doh kecil dalam air mendidih hingga timbul dan ketepikan.
  4. Didalam periuk, panaskan santan, gula pasir, gula merah dan garam.
  5. Masukkan halia dan daun pandan.
  6. Apabila mendidih, masukkan doh-doh kecil dan nangka yang telah dihiris.
  7. Boleh dihidang panas atau sejuk.

Leave a comment