Beriani Dam Mudah

Kategori: Asian, Masakan Jepun
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Resipi dari kawan lama.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 kilo daging (potong 8)
  • Kisar:- 1 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, 2 inci halia, 3 biji lada hijau.
  • 1 batang serai dititik
  • 3 sudu makan Cili sos
  • 3 sudu makan tomato sos/ puree
  • 3 sudu makan rempah beriani (boleh lebihkan kalu suka)
  • 1/2 tin susu cair
  • 1/2 cawan daun pudina (cincang)
  • 1/2 cawan daun ketumbar (cincang)
  • 4 biji Buah tomato (belah empat)
  • Secukup lada hijau dan merah (belah dua)
  • 1 tin minyak sapi (boleh 1/2 minyak sapi +minyak masak tanpa kolesterol)
  • 1 cawan bawang goreng
  • Bahan untuk nasi
  • 4 cawan beras basmathi (rendam 1/2 jam)
  • *2 inci halia, 3 biji, cengkih, pelaga, 3 inci kayu manis, 2 helai daun pandan.
  • Secukup air untuk celur beras.
  • Garam secukup rasa
  • sedikit air mawar dan koma2/pewarna kuning
  • 1/2 tin susu cair
  • Untuk taburan:- Daun pudina/ketumbar, gajus/badam bakar, kismis.

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rebus daging bersama bahan kisar hingga mendidih. Air jangan banyak sangat. sekadar menutupi daging.
  2. Masukkan semua bahan diatas kecuali bawang goreng dan daun2. Masak hingga kuah pekat, baru lah masukkan daun2 dan bawang goreng Bubuh garam dan gula secukup rasa.
  3. Bila dah agak kering rempah nya dan terbit minyak, keluarkan minyak nya sahaja dan ketepikan. (nak guna utk nasi)
  4. Pastikan kuah beriani dah betul kering dan bersalut pada daging, angkat dan ketepikan. Jangan cuci periuk (nak bubuh nasi.)
  5. Dalam periuk yang lain, rebus air bersama bahan bertanda * hingga mendidih. Jangan lupa garam secukup rasa. Ambil sedikit air yang mendidih tu, untuk rendam koma2 (kalu guna)
  6. Masukkan beras, dan rebus hingga 3/4 masak, keluarkan beras di tapisan dan buang air rebusan.
  7. Masukkan 1/2 bahagian nasi kedalam periuk daging tadi, susun kan pula daging menutupi nasi. tabur sedikit bawang goreng, daun pudina dan ketumbar, gajus/badam
  8. Tutup lapisan daging dengan baki nasi yang 1/2 bahagian lagi, ratakan dan bubuh beberapa ketul lagi daging. Tuangkan susu cair dan minyak yang diketepikan tadi serata, titiskan pewarna dan sedikit air mawar dan bahan taburan lagi. Tutup periuk rapat2 dan tanak atas api kecil, hingga naik wap dan nasi masak sepenuhnya.

Leave a comment