Asam Pedas Ayam

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Asam Pedas Ayam?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 kg ayam (Dipotong kecil) 
  • 3 batang serai (Diketuk) 
  • 10 tangkai cili kering        
  • 10 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia 
  • 3 biji buah keras 
  • 1 inci belacan  (Sekiranya suka)
  • (Cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, buah keras dan belacan dikisar bersama)
  • 1 cawan air asam jawa 
  • 2 cawan air 
  • 7 tangkai daun kesum 
  • 2 biji tomato (Dibelah 4) 
  • 2 pokok daun ketumbar  (Dipotong pendek) 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak masak dan tumiskan serai dan bahan yang dikisar sehingga garing. 
  2. Masukkan ayam dan biarkan sehingga pecah minyak. 
  3. Masukkan air asam jawa dan garam. Biarkan seketika kemudian masukkan air. Didihkan sehingga ayam empuk. 
  4. Kemudian masukkan daun kesum dan tomato. Biarkan reneh sehingga pekat dan pecah minyak. 
  5. Angkat dan hidangkan. Taburkan daun ketumbar.

Leave a comment