Spicy Spaghetti Carbonara Tomyam

Spaghetti Carbonara tidak asing lagi dalam kalangan peminat makanan western. Apa kata kali ini jom cuba kelainan pula dengan membuat Spicy Spaghetti Carbonara Tomyam.

Rasanya yang berkrim dan masam-masam pedas pasti dapat memikat hati anda! Dijamin anda akan suka kerana tidak muak kerana ada sedikit rasa pedas. Confirm licin sepinggan makan sorang-sorang!

Jom cuba masak menggunakan resipi perkongsian oleh Aien Mohamad di bawah. Boleh buat untuk makan tengahari atau makan malam nanti. Semoga bermanfaat!

Resipi Spicy Spaghetti Carbonara Tomyam

Bahan-bahan (untuk 3 orang makan):

  • 2 sudu besar buttercup
  • 5 ulas bawang putih (cincang halus)
  • Cendawan butang
  • Cili padi (kalau nak pedas)
  • 2 kotak kecil cooking cream brand Emborg/susu cair 400ml
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • Udang
  • Daun limau purut
  • Spaghetti (rebus dulu selama 10 minit)

Cara penyediaan:

  1. Cairkan buttercup. Tumis bawang putih sampai naik bau.
  2. Masukkan cendawan butang.
  3. Masukkan cooking cream. Guna susu cair pun boleh kalau tak ada cooking cream. Dan kalau nak lebih kuah, boleh lebihkan ya cooking cream/susu cair.
  4. Masukkan 2 sudu besar pes tomyam.
  5. Masukkan 1 sudu besar susu pekat. Ini untuk buatkan kuah lebih creamy. Kalau tak nak letak pun tak apa. Kacau sebati.
  6. Masukkan udang/sotong/ayam. Kemudian masukkan cili padi.
  7. Masukkan spaghetti dan daun limau purut. Gaul sebati dan siap!

Nota: Saya tak letak garam/gula sebab pes tomyam dan susu pekat tadi dah cukupkan rasa. Tapi anda boleh season to taste ikut selera ya.

Untuk ayam grilled pula: Perap isi ayam dengan 5 ulas bawang putih yang telah ditumbuk + 2 sudu besar sos tiram + serbuk lada hitam + mixed herbs. Lagi lama perap, lagi sedap. Boleh grill guna magic pan/air fryer.

Baca juga: Resipi Mac & Cheese Paling Mudah, Guna 4 Bahan Je!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN