biscoff-cheese-cake

Memang sedap sangat Biscoff Cheese Cake ini! Wajib cuba buat di rumah. Sekali makan, mesti teringat-ingat punya aroma dan tekstur cream cheese yang sejuk tu.

Kek ini sesuai dihidangkan jika buat kenduri, sambut hari jadi, atau rumah terbuka. tetamu akan puji melambung lah lepastu ‘repeat’ lagi. 

Bahan utama yang wajib ada dalam resipi ini adalah biskut lotus biscoff. Mana-mana pasaraya ada je jual biskut ni.

Baca juga: Cara Buat Burnt Cheese Cake Guna Air Fryer, Elok Kejadiannya

Kat Lotus memang ada juallah. Bahagian tapak kek ini akan menggunakan gabungan biskut lotus yang dikisar halus dan butter yang dicairkan.

Untuk bahagian cream pula iaitu bahagian tengah adalah gabungan bahan seperti cheese, whipping cream, gula aising dan sapuan lotus biscoff. Manakalah bahagian topping pula juga menggunakan sapuan lotus bicoff dan tambahan kisaran biskut.

Sapuan lotus biscoff digunakan untuk mendapatkan rasa crunchy pada tekstur cream cheese. Rasanya tak akan muak. Dengan itu mari kita ikuti perkongsian lengkap dari Aisyah Humaira.


RESIPI BISCOFF CHEESE CAKE

biscoff cheese cake

MasyaAllah super sedap lemak berkrim dan gebu. Sekali suap rasa macam kek New York Cheese di kedai ‘femes’ tu. Korang mesti cuba tau cara buat pun mudah.

Bahan-bahan: 

  • 1 paket biskut lotus biscoff
  • 1 botol spread lotus biscoff

Bahan kisar:

  • 500g cream cheese
  • 1 kotak kecil cooking / whipping cream
  • 3 biji telur gred B
  • 3 sdb gula
  • 2 sdb susu pekat manis
  • 2 sdb tepung jagung

Cara-caranya:

1. Masukkan bahan kisar dalam loyang dan tutup dengan aluminium foil

2. Dengan menggunakan instant pot, masukkan 1 cawan air. 

3. Masukkan adunan kek dan set masa memasak kira-kira 28 minit menggunakan pressure cooker.

4. Jika menggunakan oven, guna teknik water bath. 

5. Setelah kek masak, bolehlah tuangkan biscoff spread yang telah dicairkan dan tabur biskut biscoff. 

6. Sejukkan selama satu jam di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan. Siap!


Anak-anak antara penggemar kek. Apa saja jenis kek, mesti mereka suka. Lebih-lebih lagi coklat dan cheese. Untuk sapuan pula boleh gunakan satu jenis sapuan lotus biscoff tapi untuk digunakan di bahagian cream cheese, hasilnya tak akan crunchy.

Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN