Hummus

Kategori: Resipi Ringkas, Menu Alam
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Ini lah makanan paling sedap kat middle east. Cicah dengan roti, sayur, sapu kat sandwich ganti mayonaise, atau makan begitu saja. Memang sedap gilerrrrr!


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 tin kacang kuda (chickpeas - 400g setin)
  • 1 sudu besar tahina (sesame seed paste)
  • jus dari 1/2 biji lemon
  • sedikit minyak zaitun
  • serbuk paprika untuk hiasan
  • seulas kecil bawang putih disagat halus

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Buangkan air kacang kuda, cuma simpan sedikit sahaja untuk memudahkan kacang di blend. Simpan juga sedikit kacang kuda untuk hiasan.
  2. Masukkan kacang kuda, tahina, jus lemon, bawang putih, dan air dari kacang kuda tadi kedalam bekas. Gunakan hand blender untuk kisar kacang sehingga halus.
  3. Untuk menghidang, masukkan hummus kedalam mangkuk. Letakkan sedikit kacang kuda yang tidak dikisar ditengahnya. Tuangkan sedikit minyak zaitun keatasnya. Taburkan serbuk paprika sekeliling mangkuk sebagai hiasan.
  4. Boleh dimakan dengan roti pita. Selalunya jeruk buah zaitun, hirisan sweet onion, hirisan tomato, dan hirisan cili hijau (memang pedas cili ni) akan dihidangkan sebagai sampingan untuk hummus.
    Open uri20151010 29872 188rbek
  5. NOTA: Untuk yang tak jumpa tahina/tahini tu, saya pun tak sure apa substitute dia. Saya pernah buat tak letak tahina, ok jugak rasa dia cuma texture hummus tu tak begitu smooth.

Leave a comment