sup tepung

Jom cuba resipi sup tepung ini. Resipi yang dikongsikan oleh Puan Ahmad Musliha.

Menurutnya, anak-anak asyik minta buatkan kerana menu ini menepati cita rasa mereka.

Maklumlah, anak-anak ni kalau bab makan memang cerewet sikit. Kalau dah suka, maknanya makanan tu sedap.

RESIPI SUP TEPUNG KEGEMARAN ANAK-ANAK

sup tepung

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum*
  • Air untuk menguli*
  • Minyak masak sedikit*
  • Garam*
  • Bawang putih 4 ulas
  • Seinci halia
  • Isi ayam/udang/fishball

Cara-cara:

  1. Satukan bahan-bahan bertanda (*) iaitu tepung gandum, air, sedikit minyak masak dan garam.
  2. Uli semua bahan sehingga doh lembut dan tak melekat pada tangan. Perap seketika dalam 30 minit.
  3. Untuk membuat sup, tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak.
  4. Bila tumisan sudah wangi, masukkan ayam, udang atau fishball mengikut selera masing-masing.
  5. Kemudian tuangkan air mengikut kuantiti yang disukai.
  6. Bila sup dah mendidih, kecilkan api.
  7. Ambil doh tepung tadi, cubit sedikit doh selepas itu tarik sedikit sampai menjadi kepingan nipis. Masukkan ke dalam sup. Lagi nipis lagi sedap.
  8. Ulang sampai doh tepung habis.
  9. Perasakan dengan garam dan ajinamoto.
  10. Boleh juga letakkan sayur sawi, lobak merah atau daun sup.
  11. Bila tepung dah masak, boleh tutup api dan makan panas-panas.

Info: Kalau nak sup lebih pekat, masukkan sedikit bancuhan tepung gandum dan air. Tuang ke dalam sup yang sedang mendidih.

Kredit: Ahmad Musliha

Baca juga: Resipi Sup Telur Mama Paling Sedap, Anak-Anak Semua Puji!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN