kuetiau kungfu

Malam-malam bila tak tahu nak masak apa, apa kata jom buat kuetiau kungfu ini. Bosan juga asyik makan nasi je kan.

Nak lagi sedap, makan panas-panas. Bila dah sejuk, kurang ‘umphh’ bak kata orang. Lebihkan cili padi kalau nak lagi padu!

Nak cuba? Ikut saja resipi langkah demi langkah di bawah. Semoga bermanfaat!

RESIPI KUETIAU KUNGFU

Bahan-bahan:

  • Isi ayam ( potong kecil2)
  • Udang
  • Sotong
  • Telur
  • Bawang putih ( cincang halus )
  • Bunga kobis
  • Putik jagung
  • Carrot
  • Pak choy
  • Cili padi
  • Tepung jagung
  • Sos tiram
  • Kiub ayam
  • Lada hitam

Cara masak kuah:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sampai kekuningan.
  2. Masukkan ayam dan air, biarkan sampai mendidih dan ayam masak.
  3. Masukkan udang dan sotong.
  4. Kemudian masukkan pula carrot, putik jagung, bunga kobis dan cili padi.
  5. Masukkan sos tiram, kiub ayam, lada hitam dan garam. Gaul rata.
  6. Seterusnya, masukkan telur yang dah dikacau, dan gaul cepat-cepat.
  7. Untuk pekatkan kuah, masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh dengan air.
  8. Masukkan pak choy, kuah pastikan tak cair sangat dan tak pekat sangat. Kalau cair tambah tepung jagung.

Cara masak kuetiau:

  1. Pecahkan telur, masukkan lada hitam, kicap dan masukkan kuey teow. Gaul bagi rata.
  2. Panaskan minyak, goreng kuey teow yang dah digaul tadi sehingga garing.
  3. Angkat dan letak dalam pinggang. Tuangkan kuah yang sudah dimasak tadi.

Siap, boleh hidangkan panas2 dengan cili kicap. Selamat mencuba!

Kredit: Akma Abdullah

Baca juga: Resipi Kuetiau Sup Chinese Style Paling Mudah, Anak-Anak Pasti Suka

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN