Kek Coklat 'Moist' Sedap

Kategori: Resipi Ringkas, Snek
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Resipi ni kawan yang bagi & hiasan atas pula ambil dari buku Alex Goh. Rasanya memang sedap, kalau makan kena pejam-pejamkan mata begitu.


Bahan-bahan diperlukan:

  • Kek (Bahan A):
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 11/2 sudu teh soda bikarbonat
  • Kek (Bahan B):
  • 4 biji telur
  • 2 biji kuning telur
  • 1 1/2 cawan air
  • Kek (Bahan C):
  • 1 1/4 buku mentega
  • 2 cawan gula halus
  • Hiasan Atas:
  • 250g coklat masakan
  • 135ml krim putar
  • 10g mentega

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Ayak kesemua bahan A dan gaulkan hingga sebati.
  2. Campurkan kesemua bahan B dan kacau hingga sebati.
  3. Pukul bahan C sehingga kembang.
  4. Masukkan bahan A & B sedikit demi sedikit ke dalam bahan C secara berselang-seli. Pukul hingga sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam acuan bulat berukuran 10" yang sudah disapu dengan minyak dan dialas kertas.
  6. Bakar pada suhu 180C selama 1 jam atau sehingga masak.
  7. Keluarkan kek daripada acuan dan biarkan sejuk.
  8. Sementara tunggu kek sejuk, buatlah hiasannya pulak.
  9. Cairkan coklat masakan menggunakan kaedah 'double boiler'.
  10. Masak krim sehingga mendidih. Masukkan ke dalam coklat masakan dan pukul hingga pekat.
  11. Masukkan mentega dan kacau hingga sebati.
  12. Biarkan sejuk sebelum diratakan ke atas kek.

Leave a comment