honey garlic chicken

Peminat drama Korea pasti sering terliur setiap kali melihat makanan Korea. Salah satu makanan mereka yang famous adalah Honey Garlic Chicken.

Ayam goreng style Korea ini memang sedap, rangup, lembut di dalam. Salutan ayam pun sedap, ada rasa manis kerana penggunaan madu. Anak-anak pun pasti suka.

Kalau ada yang nak cuba, jom lihat resipi perkongsian oleh Yasmin Dayanti Fami di bawah. Confirm puas hati!

Baca juga: Resepi Danmuji, Yellow Pickled Radish Yang Merupakan ‘Side Dish’ Popular Di Korea

RESIPI HONEY GARLIC CHICKEN ALA KOREA

Bahan-bahan ayam goreng:

  • Ayam (guna bahagian yang anda sukai)
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecik soda bikabonat
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu serbuk bawang putih

Bahan-bahan untuk sos honey garlic:

  • 5 ulas bawang putih dikisar kasar
  • Butter untuk menumis
  • 1 sudu gula perang
  • 2 sudu madu
  • 4 sudu kicap cair

Cara-cara:

1. Gaul ayam dengan tepung jagung, soda bikarbonat, garam dan serbuk bawang putih. Salut hingga semuanya sebati pada ayam,

2. Goreng ayam di dalam minyak menggunakan api yang kuat. Masak selama 6 hingga 8 minit. Kemudian, boleh angkat dan toskan. Ketepikan seketika sementara buat sosnya pula.

3. Cairkan butter dalam kuali. Bila butter dah cair, masukkan bawang putih dan tumis sehingga naik bau.

4. Kemudian, masukkan gula, madu dan kicap cair. Kacau sehingga naik buih.

5. Selepas itu, masukkan ayam yang sudah digoreng tadi. Gaul sehingga sebati.

6. Sedia untuk dihidangkan. Boleh diratah atau dimakan dengan nasi. Selamat mencuba!

honey garlic chicken

Kredit resipi dan gambar: Yasmin Dayanti Fami

Baca juga: Resipi Pancake Korea, Guna Kucai Ganti Daun Bawang. Sesuai Dengan Tekak Melayu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN