ikan siakap

Asyik masak siakap tiga rasa aje, apa kata cuba resipi lain pula tapi berasaskan ikan siakap.

Apa kata cuba resipi Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai yang dikongsikan oleh Liza Idris ini.

Baca juga: Resipi Ikan Siakap Bakar Ala Kuala Perlis, Sekali Cuba Pasti Akan Teringat-Ingat Kesedapannya!

Resipi Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai

Nah resipi “Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai”. Sedap tau. Simple sangat. Bahan pun mudah.

Korang cuba la masak ni. Lain macam sedap tu. Makan je terasa seperti berada di Restoran Thai Kayangan. Cara masak ada pada caption setiap gambar.


Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap – kelar serong
  • Kunyit
  • 1 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 5 cili api * – nak lebih pun boleh, ikut tahap kepedasan masing-masing
  • Sedikit sayur bunga kubis, dan lobak merah
  • 2 sudu cili kisar
  • 2 sudu cuka
  • 5 sudu kicap biasa
  • 1 sudu maggi secukup rasa
  • Daun bawang dan daun ketumbar – dipotong

Cara penyediaan:

1. Kisarkan dahulu bahan yang bertanda * dan ketepikan.

2.Bersihkan ikan siakap, kelar serong ke belakang. Bedakkan dengan garam, kunyit dan tepung jagung.


3. Panaskan minyak, goreng ikan yang dah siap dibedak tadi. Angkat dan ketepikan dulu. Bukan disisihkan.

4. Untuk kuah,panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai kekuningan. Saya guna balik sedikit minyak ikan goreng tadi.

5. Masuk 5 sudu besar kicap. Ikutla nak lebih pun takpa. Tak dosa pun.

6. Letak 2 sudu besar cuka. Kacau dan kacau.

7. Masuk 1 cawan air. Saya letak air dalam pengisar yang ada saki baki bawang tadi. Katanya petua masakan lebih sedap.

8. Masuk bunga kubis dan carrot. Kacau dan kacau lagi sampai sayur dah lembut sedikit.

9. Perasakan dengan maggie cukup rasa.

10. Tabur daun bawang dan ketumbar. Kacau dan kacau lagi dan boleh tutup api. siap.

11. Simbah atas ikan siakap tadi. Tabur lagi daun bawang dan ketumbar sebagai penyeri di kala sunyi.


Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN