gulai ayam terengganu

Sedapnya gulai ayam Terengganu. Pergi Terengganu wajib cari nasi berlauk gulai ayam ni untuk sarapan pagi.

Kalau ada yang rindu nak makan, boleh cuba buat sendiri menggunakan perkongsian oleh Siti Noor Hidayah di bawah.

Rahsia nak buat sebiji sama macam di Terengganu, kena guna rempah cap Bunga Ros yang memang terkenal di sana. Jom lihat cara-caranya di bawah.

Cara Buat Gulai Ayam Terengganu Style

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Santan sederhana pekat
  • Rempah cap bunga rose (rempah gulai 2 sudu besar + rempah masak 1 sudu besar)
  • 3 sudu besar cili boh
  • 2 biji ubi kentang
  • Nisan kerek @ gula melaka
  • 1 keping asam keping
  • 1 sudu besar kerisik
  • Garam
  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*

Kisar bahan bertanda (*).

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan tumis cili boh hingga wangi.

2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak.

3. Masukkan rempah dan kacau sebati.

4. Masukkan ayam dan kacau rata.

5. Masukkan air dalam 1 cawan (saya bilas blender bekas kisar bawang tadi je).

6. Masukkan nisan @ gula melaka dan asam keping kemudian gaul rata.

7. Tutup periuk dan biarkan dalam lebih kurang 5 minit.

8. Bukak penutup periuk dan masukkan santan (Masa ni jangan tutup periuk lagi dah sampai siap meggulai).

9. Bila dah mendidih, masukkan ubi kentang, kerisik, dan garam kemudian masak hingga ubi kentang empuk.

gulai ayam terengganu

10. Perlahankan api dapur dan reneh dalam 7/8 minit. Bila dah terbit minyak, tutup api dapur. Sedia dihidang.

gulai ayam terengganu

Selamat mencuba!

gulai ayam terengganu

Kredit: Siti Noor Hidayah Samah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN