Strawberry Jam

Kategori: Resipi Ringkas, Snek
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Jem yang sangat mudah.


Bahan-bahan diperlukan:

  • Strawberi 1 peket (300gm)
  • Gula pasir 90gm
  • Jus lemon dari 1/2 biji

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Buang kelopak hijau, basuh bersih dan keringkan dengan tisu.
  2. Masukkan dalam periuk, gaul dengan gula. Biarkan selama 10 minit sehingga ada air keluar sedikit dari buah.
    Open uri20151010 29872 1q39ml4
  3. Panaskan atas api kecil. Kacau sekali sekala supaya tidak hangus.
  4. Bila air dari buah keluar dengan banyak, besarkan api untuk keringkan air. Kacau tanpa henti sambil pecahkan buah.
  5. Bila air tinggal sedikit, masukkan jus lemon dan tutup api.
  6. Bolehlah disimpan dalam botol yang bersih.
  7. Sedap dimakan bersama yogurt ataupun roti.
    Open uri20151010 29872 y1vj7z
  8. Gula digunakan hanya 30% dari berat buah. Jika hendak disimpan lama bolehlah ditambah gula ke 50%. Prosedur ini boleh digunakan untuk buah lain seperti pir, epal dan bluberi.

Leave a comment