Categories: Resipi

Vegan Brownies Kurma Tanpa Oven, 4 Bahan Saja Jadi Fudgy & Sihat…Tanpa Gula Tambahan!

Kalau anda sedang cari vegan brownies kurma yang mudah, sihat dan tak perlu bakar, ini resipi yang wajib cuba sekarang. Hanya guna 4 bahan asas, tanpa tepung, tanpa telur dan gula tambahan, tapi hasilnya tetap fudgy, coklatnya pekat dan memang memuaskan!

Resipi ini diinspirasikan daripada perkongsian oleh Fit Mama Real Food dan kini makin viral dalam kalangan penggemar dessert sihat.

Baca juga: Resepi Strawberry Cheesecake Viral Tanpa Oven, Tekstur Lembut Berkrim Sampai Cair Di Mulut!

RESIPI VEGAN BROWNIES KURMA

Bahan-bahan:

  • 1 cawan kurma tanpa biji
  • 1 cawan walnut mentah
  • ΒΌ cawan serbuk koko tanpa gula
  • Secubit garam laut

*Pilihan: Taburan flaky sea salt di atas brownies.

Cara-cara penyediaan:

1. Kisar Kurma

  • Masukkan kurma ke dalam food processor dan kisar sehingga hancur dan menjadi pes. Jika melekat di tepi bekas, berhenti dan kikis sedikit.

2. Masukkan Walnut

  • Tambah walnut dan kisar sehingga menjadi serpihan kecil dan bercampur sebati dengan pes kurma.

3. Tambah Serbuk Koko Dan Garam

  • Masukkan serbuk koko dan garam laut. Kisar lagi sehingga semua bahan sebati.
  • Jika adunan nampak terlalu kering, tambah 2 sudu besar air dan kisar sehingga adunan mula melekat dan boleh ditekan.

4. Tekan Dan Sejukkan

  • Tekan adunan ke dalam loyang yang dilapik kertas parchment. Ratakan permukaan dan tabur sedikit flaky sea salt jika suka.
  • Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam sehingga mengeras.
  • Siap! Potong dan nikmati vegan brownies kurma yang kenyal dan fudgy.

Walaupun tanpa tepung dan telur, teksturnya lembut dan fudgy, rasa coklat pekat, manis semula jadi daripada kurma dan ada sedikit crunch dari walnut. Memang sesuai untuk minum petang, moreh atau snek sihat bila-bila masa.

Tip Penting Supaya Vegan Brownies Kurma Jadi Lebih Sedap

Jika kurma agak keras atau kering (contohnya jenis deglet noor), rendam dalam air selama 1 jam dahulu. Selepas toskan, kurma akan jadi lebih lembut dan mudah dikisar, hasil vegan brownies kurma pun lebih moist dan tak berderai.

Kalau anda sedang trending cari vegan brownies kurma mudah, ini antara resipi paling ringkas dan menjadi. Simpan resipi ini dan cuba sendiri di rumah, sekali buat confirm ulang lagi!

Selamat mencuba!

Sumber: Fit Mama Real Food

Baca juga: Resepi Kek Kurma Lembut Dan Moist, Satu Rumah Bau Harum Semerbak!

Aimi

Recent Posts

Roti Daging Cheese Ala Bigmac Guna Roti Biasa, Siap Dengan Sos Istimewa Homemade!

Terasa nak makan burger ala restoran makanan segera tetapi tak mahu keluar rumah? Roti daging…

14 hours ago

Dapur Ala Kampung Jadi Inspirasi, Wanita Ini Pilih Konsep Terbuka Untuk Rumah Idamannya!

Setiap orang pastinya mempunyai gambaran tersendiri tentang rumah idaman, termasuk reka bentuk ruang dapur yang…

16 hours ago

Resipi Dadih Vanilla Oreo, Sekali Buat Dapat 40 Bekas Memang ‘Ngam’ Untuk Potluck!

Kalau mencari pencuci mulut yang mudah disediakan dan tidak memerlukan banyak bahan, bolehlah cuba dadih…

16 hours ago

Resipi Puding Labu Guna 4 Bahan, Tekstur Lembut Berkrim Memang Jadi Kegemaran Sekeluarga

Cara buat puding labu ini sesuai untuk ibu yang mencari idea pencuci mulut homemade untuk…

18 hours ago

Creamy Tomyam Pasta, Tak Sangka Gabungan Pes Tomyam & Cooking Cream Jadi Sesedap Ini!

Kalau selalu makan pasta dengan sos carbonara atau bolognese, apa kata kali ini cuba kelainan…

18 hours ago

Resipi Kari Telur Ikan Mayong, Ini Teknik Kuah Pekat Tanpa Rasa Hanyir & Telur Tak Pecah

Dah beli telur ikan mayong tetapi masih belum ada idea nak masak apa? Atau mungkin…

19 hours ago