Categories: Resipi

Resipi Ayam Goreng Bawang Putih Yang Rangup & Harum, Makan Panas-Panas Baru Padu!

Kalau ayam bawang putih ada depan mata, memang tak boleh tolak. Bau wangi bawang yang digoreng bersama ayam panas-panas boleh buat perut lapar. Bahan perapan yang ringkas tetapi cukup menaikkan rasa.

Resipi ini sangat sesuai dijadikan lauk berbuka puasa, makan tengah hari atau makan malam kerana cara penyediaannya mudah dan cepat tanpa menggunakan banyak sos atau bahan rumit.

Baca juga: Resipi Ayam Sos Tiram Bersalut Kuah Pekat, Menu Ringkas Tapi Jadi Rebutan!

RESEPI AYAM BAWANG PUTIH RANGUP

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk paprika
  • Serbuk bawang putih
  • Tepung jagung
  • 1 sudu kecil garam (atau secukup rasa)
  • 10 ulas bawang putih (diketuk sedikit)
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit, paprika, serbuk bawang putih, tepung jagung dan garam sehingga rata. Perap sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit supaya bahan meresap.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana.
  3. Masukkan ayam dan goreng sehingga separuh masak.
  4. Kemudian, masukkan bawang yang telah diketuk ke dalam minyak dan goreng bersama ayam.
  5. Teruskan menggoreng sehingga ayam masak sepenuhnya dan bawang bertukar warna keperangan serta rangup.
  6. Angkat dan toskan minyak sebelum dihidangkan bersama nasi putih dan lauk sampingan lain.

Sumber resipi dan gambar: Wiwien Chempaka

Baca juga: Resipi Telur Bungkus Isi Ayam, Menu Ringkas & Mengiurkan Bila Buntu Nak Masak Apa

Wan N

Recent Posts

Roti Daging Cheese Ala Bigmac Guna Roti Biasa, Siap Dengan Sos Istimewa Homemade!

Terasa nak makan burger ala restoran makanan segera tetapi tak mahu keluar rumah? Roti daging…

14 hours ago

Dapur Ala Kampung Jadi Inspirasi, Wanita Ini Pilih Konsep Terbuka Untuk Rumah Idamannya!

Setiap orang pastinya mempunyai gambaran tersendiri tentang rumah idaman, termasuk reka bentuk ruang dapur yang…

16 hours ago

Resipi Dadih Vanilla Oreo, Sekali Buat Dapat 40 Bekas Memang ‘Ngam’ Untuk Potluck!

Kalau mencari pencuci mulut yang mudah disediakan dan tidak memerlukan banyak bahan, bolehlah cuba dadih…

16 hours ago

Resipi Puding Labu Guna 4 Bahan, Tekstur Lembut Berkrim Memang Jadi Kegemaran Sekeluarga

Cara buat puding labu ini sesuai untuk ibu yang mencari idea pencuci mulut homemade untuk…

17 hours ago

Creamy Tomyam Pasta, Tak Sangka Gabungan Pes Tomyam & Cooking Cream Jadi Sesedap Ini!

Kalau selalu makan pasta dengan sos carbonara atau bolognese, apa kata kali ini cuba kelainan…

18 hours ago

Resipi Kari Telur Ikan Mayong, Ini Teknik Kuah Pekat Tanpa Rasa Hanyir & Telur Tak Pecah

Dah beli telur ikan mayong tetapi masih belum ada idea nak masak apa? Atau mungkin…

19 hours ago