Categories: Resipi

Resipi Telur Dadar Pad Kra Pao Ala Thai, Lauk Mudah & Cepat Untuk Sahur!

Kalau nak lauk cepat tapi sedap, wajib cuba cara masak telur dadar goreng pad kra pao ayam yang lazat dan menyelerakan ini.

Telur dadar lembut digoreng secara berasingan, kemudian inti ayam pedas berperisa Thai diletakkan di atasnya. Memang hidangan yang ringkas tapi rasa ‘kick’ pedas dan wangi daun selasih Thai tetap terasa.

Menu ini sesuai untuk makan tengah hari atau makan malam, terutama bila nak hidangan cepat tapi nampak menarik dan sedap dimakan bersama nasi putih panas.

Baca juga: Resipi Telur Bungkus Isi Ayam, Menu Ringkas & Mengiurkan Bila Buntu Nak Masak Apa

CARA MASAK TELUR DADAR PAD KRA PAO

Bahan-bahan:

  • Isi ayam
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 biji cili padi
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap manis
  • 1 sudu sos ikan
  • Daun selasih
  • Beberapa biji telur

Cara-cara penyediaan:

  1. Cincang atau lumatkan isi ayam menggunakan pemproses makanan.
  2. Kemudian, tumbuk empat ulas bawang putih dengan lima biji cili padi.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
  4. Selepas itu, masukkan satu sudu sos tiram, satu sudu kicap manis dan satu sudu sos ikan.
  5. Kacau bahan tersebut dan tambah daun selasih Thai ke dalamnya dan siap. Ketepiakan seketika.
  6. Pukul telur sedikit dalam mangkuk. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng telur sehingga masak keemasan.
  7. Letak telur dadar di atas pinggan, kemudian tuang pad kra pao ayam di atasnya.
  8. kemudian tuang pad kra pao ayam di atasnya.

Sumber: Wiwien Chempaka

Baca juga: Resipi Sosej Telur Masak Sos, Menu ‘Penyelamat’ Tengah Bulan Yang Murah Tapi Lazat!

Wan N

Recent Posts

Resipi Donut Bantal Versi ‘Malas’, Tak Perlu Uli Lama Atau Bentuk Bulat Satu-Satu!

Donut bantal antara pilihan menarik untuk dibuat sendiri di rumah, terutama apabila teringin menikmati kuih…

30 mins ago

Resipi Kubis Cina Gulung Berinti Ayam, Kukus 20 Minit Saja Dah Siap Untuk Menu Diet Sihat!

Cabbage rolls ialah hidangan menggunakan daun kubis yang dibalut bersama inti, kemudian dikukus sehingga masak.…

1 hour ago

Resipi Ayam Sambal Kangkung, Tips Kena Masuk Sayur ‘Last Minute’ Barulah Kekal Rangup!

Cara buat ayam sambal kangkung ini menggabungkan ayam goreng kunyit dengan sambal pedas yang pekat.…

1 hour ago

Puding Batik Biskut Marie Berlapis Coklat, Buat Malam Ini Esok Pagi Dah Boleh Makan!

Ada biskut Marie di rumah? Apa kata cuba buat puding batik biskut Marie yang berlapis…

2 hours ago

Ayam Kukus Halia Simple, Gaul Semua Bahan & Kukus 20 Minit Saja, Memang Mudah!

Nak masak lauk yang mudah tetapi tetap menyelerakan? Resipi ayam kukus halia simple ini boleh…

2 hours ago

Resipi Pari Asam Pedas Dengan Sentuhan Jintan Manis, Sekali Hirup Tak Pandang Lauk Lain!

Resipi pari asam pedas ini menggunakan gabungan jintan manis dan daun kesum untuk menghasilkan kuah…

3 hours ago