resepi kek kurma

Jika ada banyak lebihan kurma selepas bulan Ramadan, anda boleh gunakan untuk buat resepi Kek Kurma yang sedap. Bukan saja lembut dan moist, malah baunya cukup wangi.

Dengar namanya saja, sudah tentulah ia menggunakan buah kurma sebagai salah satu bahan utamanya dan kek ini sangat popular pada bulan Ramadan atau semasa Hari Raya Aidilfitri.

Asmida Nor telah kongsikan resepi Kek Kurma di Facebook yang cukup menarik kerana ia dibuat secara bakar dan hasilnya lembut dimakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Resipi Kek Sarang Semut Sukatan Cawan, Dapat Hasil Bersarang Sempurna

RESEPI KEK KURMA

resepi kek kurma

Bahan-bahan:

  • 6 biji telur (saya guna telur gred D, kalau gred A atau B, guna 5 biji)
  • 250g marjerin atau butter
  • 2 cawan tepung gandum (ayak bersama soda bikarbonat dan baking powder)
  • ¾ cawan gula kastor
  • Esen vanilla
  • 10 biji kurma lembik
  • Kurma keras (hiasan atas kek)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, lenyek kurma lembik tadi tapi jangan terlalu kasar atau terlalu halus.

2. Campurkan marjerin dan gula, kemudian kacau guna senduk saja sampai sebati.

3. Selepas itu, masukkan telur satu demi satu (jangan semua sekali).

4. Setelah selesai masukkan semua telur, letak sedikit esen vanilla ke dalam adunan.

5. Kemudian, masukkan kurma yang telah dilenyekkan tadi dan kacau sampai sebati.

6. Seterusnya, masukkan tepung yang telah diayakkan tadi dan kacau sampai sebati lagi.

7. Sapu loyang dengan minyak atau lapik baking paper, kemudian tabur kurma keras tadi (bentuk potongan kurma ikut citarasa).

resepi kek kurma

8. Akhir sekali, bakar dengan menggunakan suhu 160ºC selama 55 minit (bergantung oven masing-masing).

Setelah buat resepi Kek Kurma ini, anda akan dapat hasil kek dengan rasa yang manis dan tekstur yang sungguh lembut. Jika hidangkan pada Hari Raya, pasti tetamu menyukainya.

Selamat mencuba!

Sumber: Asmida Nor

Baca juga: Kek Coklat Kurma Tanpa Butter, Guna Lebihan Kurma Di Rumah

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN