sukatan gula dalam cawan

Seperti yang kita sedia maklum, gula sering digunakan dalam pelbagai masakan dan minuman. Jika tiba-tiba kehabisan gula di rumah, anda boleh menggantikannya dengan madu menggunakan sukatan gula dalam cawan kepada madu ini.

Madu merupakan bahan semula jadi yang mempunyai manfaat kesihatan kerana mengandungi antioksidan, antibakteria semula jadi dan boleh membantu melegakan batuk.

Oleh sebab itu, tak hairanlah semakin ramai yang mula menggunakan madu dalam masakan. Namun begitu, kebanyakan resipi masih menggunakan sukatan gula dalam cawan.

Apabila sudah biasa memasak menggunakan gula, tiba-tiba nak tukar kepada madu pula. Jadi, berapa banyak madu perlu digunakan jika resipi tulis ‘1 cawan gula’?

Bagi menjawab persoalan itu, kami kongsikan sukatan gula kepada madu ini supaya mudah dijadikan rujukan apabila anda nak memasak di dapur nanti.

Baca juga: Perbezaan Gula Kastor Dan Gula Halus, Begini Cara Gunakannya Dengan Betul

SUKATAN GULA DALAM CAWAN KEPADA MADU

sukatan gula dalam cawan

1/4 cawan gula = 3 sudu makan madu

1/3 cawan gula = 3 sudu makan madu

1/2 cawan gula = 1/3 cawan madu

1 cawan gula = 3/4 cawan madu

2 cawan gula = 1.5 cawan madu

Rasa manis semula jadi yang ada pada madu lebih kuat dan pekat berbanding gula. Oleh sebab itu, ia tak perlu digunakan terlalu banyak dalam setiap hidangan.

Madu memang sesuai untuk kek, muffin, sos atau minuman. Tapi jika nak buat biskut yang rangup, kadangkala madu boleh bagi tekstur yang lebih lembut. Jadi, semuanya bergantung pada jenis hidangan yang anda nak hasilkan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: PnSyuhaida

Baca juga: Sukatan Gula Yang Betul Untuk Air Jamuan, Manis Cukup Rasa Bila Diminum!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN