resepi pes masakan

Jika anda sedang menyambut Ramadan dan ingin menyediakan hidangan berbuka serta sahur dengan mudah, jangan risau, ada resepi pes masakan yang memudahkan urusan dapur, cepat, sedap dan tahan lama.

Artikel ini kongsikan tiga jenis pes yang sangat berguna sepanjang Ramadan, Pes Cili, Pes Bawang Merah dan Pes Nasi Goreng. Dengan pes ini, anda boleh masak hidangan rumah yang lazat walaupun masa terhad.

Baca juga: Resipi Pes Rendang Homemade, Campuran Rempah Rahsia Ini Buat Rendang Lebih Mengancam!

3 RESEPI PES MASAKAN WAJIB ADA DI DAPUR SEPANJANG RAMADAN

resepi pes masakan

1. Pes Cili – Sambal Pekat Dan Sedap

Bahan-bahan:

  • 300 gm cili pedas (cili kurus kerinting)
  • 300 gm cili manis/tidak pedas (cili gemuk)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara penyediaan:

1. Buang biji cili, cuci bersih, dan rebus seketika.

2. Kisar cili bersama minyak masak dan garam. Tambahkan sedikit air setakat boleh blend – jangan terlalu banyak.

3. Simpan dalam bekas kedap udara.

Tips penyimpanan pes cili:

  • Chiller: tahan 2–3 minggu
  • Freezer: tahan sehingga 1 tahun

Tips Masak:

Gunakan sudu khas untuk cedok pes cili sahaja. Jangan campur dengan pes lain supaya tidak tercemar.

2. Pes Bawang Merah – Asas Semua Masakan

Bahan-bahan:

  • 1 kg bawang merah besar

Cara-cara penyediaan:

1. Kupas bawang merah dan kisar dengan sedikit air. Gunakan air seminimum mungkin supaya tahan lama.

2. Simpan dalam bekas kedap udara.

Tips penyimpanan pes bawang:

  • Chiller: 2–3 minggu
  • Freezer: sehingga 1 tahun

Tips Masak:

  • Tidak perlu tambah minyak masak – pes bawang lebih tahan lama tanpa minyak.
  • Tanda pes tercemar ialah bila bertukar hijau.

3. Pes Nasi Goreng – Serbaguna Dan Pekat

Bahan-bahan:

  • 200 gm cili kering pedas
  • 300 gm cili kering tidak pedas
  • 400 gm bawang merah kecil
  • 100 gm bawang putih
  • 1 sudu kecil garam kasar
  • 100 gm ikan bilis
  • 1 sudu belacan
  • 2 sudu besar minyak masak

Cara-cara penyediaan:

1. Kisar semua bahan guna food processor. Tekstur sedikit kasar lebih sedap. Kalau perlu, tambah sedikit air sahaja.

2. Pes ini boleh digunakan untuk sambal nasi lemak, sambal ikan atau asam rebus.

Tips penyimpanan pes nasi goreng:

  • Chiller: 2–3 minggu
  • Freezer: sehingga 1 tahun

Tips Masak:

  • Gunakan sudu khas untuk pes ini sahaja supaya rasa dan ketahanan terjaga.

Kenapa Pes Masakan Ini Wajib Ada Sepanjang Ramadan?

  • Memudahkan penyediaan hidangan berbuka dan sahur walaupun masa terhad.
  • Sesuai untuk anda yang sedang menyambut Ramadan tapi mahu hidangan rumah tetap sedap.
  • Menjimatkan masa dan tenaga, tinggal cedok, goreng atau masak, siap!

Dengan resepi pes masakan ini, anda boleh sediakan hidangan rumah yang lazat sepanjang Ramadan dengan mudah, cepat dan praktikal.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Nur Amna

Baca juga: 9 Jenis Pes Wajib Ada Sebelum Bulan Puasa, Simpan Seketul-Seketul, Boleh Guna Sampai Raya!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN