Kalau selalu makan pasta dengan sos carbonara atau bolognese, apa kata kali ini cuba kelainan dengan creamy tomyam pasta? Hidangan ini menggabungkan rasa masam, pedas dan sedikit berlemak daripada cooking cream yang menjadikan setiap suapan lebih menyelerakan.
Menariknya, resipi perkongsian Khumeroh Mamanya Izamfirman di Facebook ini menggunakan pes tomyam sebagai bahan utama. Digabungkan pula dengan udang, serai dan daun limau purut, aromanya memang cukup membangkitkan selera!
Baca juga: Potato Lasagna Tanpa Lasagna Sheet, Guna Kentang Lebih Jimat Dan Tetap Sedap!
Keistimewaan creamy tomyam pasta ini terletak pada kuahnya yang pekat dan berkrim, tetapi masih mempunyai rasa tomyam yang tersendiri.
Penggunaan air rebusan pasta juga membantu menghasilkan kuah yang lebih sebati dan menyelaputi pasta dengan sempurna.
Kalau suka hidangan yang pedas dan berlemak, resipi ini memang berbaloi untuk dicuba. Berikut bahan-bahan dan cara penyediaannya.
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Panaskan sedikit butter atau minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang besar, serai dan daun limau purut sehingga naik bau dan bawang menjadi lembut.
2. Masukkan pes tomyam, kemudian kacau rata selama lebih kurang seminit supaya bahan tumisan sebati.
3. Seterusnya, masukkan udang dan masak sehingga udang berubah warna.
4. Tuangkan cooking cream bersama sedikit air rebusan pasta. Kacau sentiasa menggunakan api sederhana supaya kuah menjadi sebati dan tidak pecah minyak.
5. Perasakan dengan sedikit garam, perasa secukupnya dan beberapa titis jus limau nipis mengikut citarasa.
6. Masukkan pasta yang telah direbus. Gaul sehingga keseluruhan pasta bersalut dengan kuah creamy tomyam.
7. Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit lagi air rebusan pasta sehingga mendapat kepekatan yang diingini.
8. Tutup api dan taburkan hirisan cili padi serta daun sup. Siap untuk dihidangkan!
Jangan buang semua air rebusan pasta kerana bahan ini boleh membantu menjadikan kuah lebih sebati dan melekat pada pasta.
Selain itu, gunakan api sederhana atau kecil selepas memasukkan cooking cream. Elakkan memasak kuah terlalu lama dengan api besar kerana teksturnya boleh berubah.
Bagi yang suka rasa lebih pedas, boleh tambahkan cili padi mengikut tahap kepedasan yang disukai.
Apa yang menarik, resipi ini boleh dijadikan pilihan menu makan tengah hari atau makan malam apabila teringin menikmati hidangan pasta dengan cita rasa yang berbeza.
Kalau sudah biasa dengan pasta berasaskan sos keju atau tomato, bolehlah cuba pula gabungan tomyam dan krim ini. Memang menarik untuk dijadikan menu istimewa seisi keluarga!
Selamat mencuba!
Sumber: Khumeroh Mamanya Izamfirman
Baca juga: Cara Buat Spaghetti Carbonara Paling Creamy, Sedap Setanding Kedai Western!
Cara buat puding labu ini sesuai untuk ibu yang mencari idea pencuci mulut homemade untuk…
Dah beli telur ikan mayong tetapi masih belum ada idea nak masak apa? Atau mungkin…
Kalau sedang mencari idea hidangan untuk sarapan atau minum petang, boleh cuba buat apam kampung…
Mini cheese tart sesuai dijadikan hidangan untuk pelbagai majlis seperti jamuan sekolah, sambutan hari jadi…
Ikan keli memang sedap dimasak sambal, berlada atau digoreng garing. Namun, sebelum boleh menikmati hidangan…
Kalau suka makan agar-agar yang lembut, cantik dan mempunyai lapisan warna berbeza, boleh cuba resepi…