kek pisang coklat chip

Kek Pisang Coklat Chip digemari ramai kerana teksturnya yang lembut, moist dan tidak muak. Apabila menggunakan pisang yang betul-betul ranum, aroma kek jadi lebih wangi dan menyelerakan.

Resipi Kek Pisang Coklat Chip daripada perkongsian Arin Yin di Facebook mudah dibuat dan konsisten menjadi. Sesuai untuk pemula, malah boleh dijadikan idea jualan kek homemade atau hidangan minum petang bersama keluarga.

Baca juga: Resepi Muffin Pisang Coklat Chip Semudah ABC, Gebu & Moist Walau Guna Blender!

RESIPI KEK PISANG COKLAT CHIP LEMBUT DAN MOIST

kek pisang coklat chip

Bahan-bahan ayak:

  • 1½ cawan tepung gandum
  • 1½ sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil baking soda

*Ayak semua bahan dan ketepikan.

Bahan-bahan kisar:

  • 3 biji telur gred A (jika guna telur gred B, gunakan 4 biji)
  • ⅓ cawan gula putih
  • ½ cawan gula perang
  • ½ cawan minyak jagung / minyak masak
  • ½ cawan marjerin atau mentega (dicairkan)
  • ½ sudu kecil garam (jika guna salted butter, tidak perlu letak)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 cawan pisang lenyek (gunakan pisang yang sangat ranum)

Bahan-bahan tambahan:

  • 1 sudu besar serbuk koko
  • Coklat cip secukupnya
  • Hirisan pisang (pilihan, untuk hiasan)

Cara-cara penyediaan:

1. Ayakkan tepung gandum, baking powder dan baking soda. Ketepikan.

2. Masukkan telur, gula putih, gula perang, minyak, marjerin cair, garam dan esen vanila ke dalam blender. Kisar sehingga adunan sebati.

3. Masukkan pisang lenyek dan kisar sekejap sahaja sehingga bercampur rata. Jangan blend terlalu lama.

4. Tuangkan adunan kisar ke dalam bekas berisi tepung sedikit demi sedikit. Gaul perlahan menggunakan spatula sehingga sebati.

5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampur dengan serbuk koko dan gaul rata.

6. Tuangkan adunan berselang-seli ke dalam loyang. Taburkan coklat cip di atas dan hias dengan hirisan pisang jika suka.

7. Bakar pada suhu 170°C selama 40 minit atau sehingga masak menggunakan loyang segi empat 7 inci.

8. Setelah masak, keluarkan kek dan biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.

Tips rahsia kek pisang coklat chip jadi lebih sedap:

  • Gunakan pisang yang sangat ranum untuk rasa lebih manis dan aroma kek yang kuat.
  • Jangan kisar pisang terlalu lama supaya tekstur kek lebih cantik dan tidak bantat.
  • Untuk kek lebih moist, balut kek dengan plastik wrap selepas kek benar-benar sejuk.
  • Kek ini juga sedap dinikmati keesokan hari kerana teksturnya semakin lembut.

Kek Pisang Coklat Chip bukan sahaja mudah dibuat, malah hasilnya lembut, moist dan tak muak. Sesuai untuk semua peringkat umur dan sangat berpotensi dijadikan kek homemade untuk jualan. Jika anda penggemar kek pisang dan coklat, resipi ini memang wajib cuba.

Selamat mencuba!

Sumber: Arin Yin

Baca juga: Kek Coklat Puding Karamel Versi Kukus, ‘Moist’ Sangat Sampai Cair Di Mulut

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN