
Tekstur lembut berkrim, rasa manis masam yang menyegarkan serta rupa premium ala kafe, itulah tarikan utama resepi Strawberry Cheesecake yang sedang hangat dicuba ramai.
Resepi ini menjadi tular selepas dikongsikan oleh pengguna TikTok @amyyyyyyyyyyyyyyyyyyy01 kerana cara penyediaannya yang sangat ringkas, tidak memerlukan oven dan menggunakan bahan-bahan yang senang didapati.
Baca juga: Cheesecake Air Fryer Bajet Tanpa Whipping Cream, Gebu Gebas Kejadiannya!
RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE TANPA OVEN

Bahan-bahan dasar biskut:
- 15 keping biskut marie
- 1 inci butter (dicairkan)
- Loyang saiz kecil atau sederhana
Bahan-bahan inti cheesecake:
- 250g cream cheese
- 4 sudu besar gula aising
- 1 sudu besar susu pekat
- Sedikit esen vanilla
- Whipping cream (secukupnya)
Bahan-bahan jem strawberry:
- Buah strawberry (dipotong kecil)
- 3 sudu besar gula
- Sedikit perahan lemon
- 1 sudu besar tepung jagung
- Sedikit air
Cara-cara penyediaan lapisan biskut:
1. Kisar biskut marie sehingga hancur halus.
2. Campurkan butter yang telah dicairkan ke dalam biskut kisar.
3. Gaul sehingga sebati dan lembap.
4. Masukkan ke dalam loyang dan mampatkan menggunakan gelas.
5. Simpan dalam peti sejuk selama 20 minit.
Cara-cara penyediaan inti cheesecake:
1. Masukkan cream cheese, gula aising, susu pekat dan esen vanilla ke dalam pengisar.
2. Tambahkan whipping cream.
3. Kisar sehingga adunan licin dan sebati.
4. Tuang adunan ke atas lapisan biskut.
5. Ratakan permukaan dan simpan dalam peti sejuk selama 4 hingga 5 jam sehingga set.

Cara-cara penyediaan jem strawberry:
1. Masukkan strawberry dan gula ke dalam periuk.
2. Masak dengan api perlahan sehingga buah lembut dan mendidih.
3. Tambahkan sedikit perahan lemon.
4. Apabila jem mula pekat, bancuh tepung jagung dengan sedikit air.
5. Tuang ke dalam jem dan kacau sehingga likat.
6. Tutup api dan biarkan suam.
Cara-cara penyediaan akhir:
1. Keluarkan cheesecake dari peti sejuk.
2. Tuangkan jem strawberry di atas lapisan cheese.
3. Ratakan dengan kemas.
4. Simpan semula dalam peti sejuk selama 1 hingga 2 jam.
5. Setelah sejuk, kek sedia dipotong dan dihidangkan.
Tips supaya strawberry cheesecake cantik dan tak cair:
- Pastikan cream cheese berada pada suhu bilik sebelum dikisar.
- Jangan terlebih whipping cream supaya tekstur kek tidak terlalu lembik.
- Sejukkan cheesecake secukupnya sebelum dipotong untuk hasil kemasan cantik.
Dengan bahan ringkas, langkah yang jelas dan hasil yang nampak eksklusif, resepi Strawberry Cheesecake memang setanding kafe walaupun dibuat di rumah. Tak hairanlah ia menjadi viral di TikTok dan mendapat perhatian ramai pencinta pencuci mulut.
Selamat mencuba!
Sumber: akaun TikTok @amyyyyyyyyyyyyyyyyyyy01
Baca juga: Resepi Mango Cheesecake Harum Manis Tanpa Oven, Siap Aroma Harum Semerbak!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














