tepung goreng cempedak

Jika menggunakan tepung segera, biasanya cempedak yang digoreng akan serap minyak. Oleh itu, jom MyResipi kongsikan resipi mudah untuk bancuhan tepung goreng cempedak yang cukup mudah disediakan.

Dengan menggunahan bancuhan tepung ini, cempedak dijamin rangup di luar dan isinya lembut di dalam. Jadi, jika mahu menikmati cempedak goreng yang lazat dan mudah, cuba resipi ini di rumah. Selamat mencuba!

Baca juga: Sudah Niaga Hampir 15 Tahun, Abang Ini Dedah Resipi Rahsia Tepung Pisang Goreng Hasil Jualannya

RESEPI BANCUHAN TEPUNG GORENG CEMPEDAK

Bahan-bahan:

  • 300 gram tepung beras Gajah Seekor
  • 2 biji telur
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil kapur makan
  • Air (jumlahnya haruslah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat)

Cara-cara:

  1. Dalam sebuah mangkuk, campurkan tepung beras, serbuk kunyit, garam, dan kapur makan. Gaul rata.
  2. Kemudian, masukkan telur dan kacau hingga sebati.
  3. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan mencapai konsistensi yang diinginkan. Pastikan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
  4. Panaskan minyak dalam kuali untuk menggoreng.
  5. Celupkan cempedak ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga keemasan dan garing.
  6. Angkat dan toskan minyak berlebihan sebelum dihidangkan.
  7. Selamat mencuba!

Selamat mencuba!

Info tambahan:

Tepung Beras Gajah Seekor
– Sesuai digunakan untuk salutan goreng-goreng seperti pisang goreng, ubi goreng, cempedak goreng.

Tepung Beras Gajah Tiga Ekor
– Lebih lembut dan licin. Sesuai untuk buat kuih tradisional seperti tepung pelita,kuih talam, putu, kuih lapis dan sebagainya.

Tepung Beras Gajah Lima Ekor
– Sesuai untuk buat laksa

Kredit: Zaky Mat Ali

Baca juga: Cara Buat Getuk Ubi Kayu ‘Crispy’, Ini Petua Elak Ubi Melekat & Meletup

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN