Kalau korang teringin nak makan manis-manis dan nak buat pencuci mulut yang sangat mudah dan menjimatkan masa, korang boleh cuba pisang salai sos kastard. Resepi ini sesuai untuk dimakan bersama keluarga. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Yuni Kamaruddin di Facebook.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

PISANG SALAI SOS KASTARD

Kalau korang teringin nak makan manis-manis dan nak buat pencuci mulut yang sangat mudah dan menjimatkan masa, korang boleh cuba pisang salai sos kastard. Resepi ini sesuai untuk dimakan bersama keluarga. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Yuni Kamaruddin di Facebook.

BAHAN-BAHAN
  • Pisang berangan

  • Susu cair

  • Susu pekat

  • Tepung kastard

  • Kismis

  • Marjerin

Kredit: Yuni Kamaruddin

CARA PENYEDIAAN
  • Pisang dibelah dua dan dibakar atas pan dengan marjerin.

  • Goreng sehingga sedikit keperangan. Kemudian susun pisang yang sudah siap dibakar dalam pinggan dan letak dalam peti ais.

  • Cara masak sos kastard pula. Campurkan 1/2 susu cair, 3 sudu susu pekat jika nak manis boleh tambah lagi susu pekat dan tepung kastard 2 sudu dan sedikit air. Kacau rata dulu baru buka api perlahan. Jangan bagi pekat. Sejukkan dalam peti ais. Lagi sedap kalau letak daun pandan.
  • Nak makan baru curahkan sos kastard atas pisang tadi. Siap dan boleh dimakan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN