kek tapak kuda

Pasti ramai yang belum pernah dengar Kek Tapak Kuda atau Kek Tapak Kaki Kuda ini kan? Sudah ramai yang menjualnya sekarang dan telah mendapat sambutan yang hangat.

Kek yang gebu dan lembut diisi dengan coklat Nutella ini sangat sesuai dimakan pada waktu petang bersama secawan teh kosong.

Penggemar coklat confirm suka kek tapak kuda ni sebab ianya berinti Nutella. Kalau nak cuba buat sendiri boleh ikut resipi di bawah. Buat sendiri lebih jimat dan puas hati makan!

Resipi Kek Tapak Kuda Nutella

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur
  • 3 biji kuning telur sahaja
  • 108 g gula kastor
  • 66 g tepung kek
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 81 g butter (dicairkan)
  • 1 sudu besar ovallete
  • Esen vanila
  • 1 sudu besar coklat emulco
  • nutella

Cara-cara:

1. Putarkan telur, gula dan ovallet sehingga separuh kembang.

2. Masukkan tepung kek, susu tepung dan putar sehingga betul-betul kembang.

3. Masukkan butter cair dan esen vanilla, guna teknik kaup balik sehingga sebati.

4. Bahagi adunan kepada dua bahagian, satu bahagian dibiarkan kosong dan satu adunan lagi ditambah coklat emulco.

5. Alas baking paper pada tray 9×9 , letak adunan coklat dahulu dan ratakan pada tray. Lepas ratakan, hentak sikit tray.

6. Adunan kosong dimasukan ke dalam piping bag, piping di atas adunan coklat tadi perlahan-lahan sehingga habis.

7. Bakar ikut suhu oven anda sehingga masak.

8. Selepas bakar, terbalikkan kek tadi ke atas baking paper perlahan-lahan kemudian potong kepada dua bahagian.

9. Pipingkan nutella pada permukaan kek tadi dan lipat perlahan-lahan kemudian alihkan ke plastik wrap dan wrap dengan ketat.

10. Masukkan ke dalam peti ais. Ulang pada bahagian kedua juga. Satu adunan dapat 2 roll tapak kuda. *lepas 30 min macam tu letak dalam peti ais, boleh potong dan makan.

Kredit resipi: Noorsila Abdul Rahim

Kredit gambar: Da Lina