tepung pisang goreng

Pernah tak anda tertanya-tanya macam mana peniaga pisang goreng membuat bancuhan tepung pisang goreng rangup dan berserdak?

Serius sedap kalau dapat ratah serdak pisang goreng ini. Makan petang-petang kat laman rumah dengan secawan teh bersama keluarga tercinta.

Seorang peniaga pisang goreng dedah resipi pisang goreng hasil jualan hariannya hampir 15 tahun. Jom lihat resipi perkongsian olehnya di bawah.

RESIPI RAHSIA TEPUNG PISANG GORENG HASIL JUALAN 15 TAHUN

Bahan-bahan:

  • Tepung beras 2 cawan
  • Tepung gandum suku cawan
  • Serbuk kunyit setengah sudu
  • Kapur makan sedikit
  • Gulu 1 sudu besar
  • Garam 1 sudu
  • Telur 1 biji

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan sehingga sebati.tepung pisang goreng
  2. Boleh guna pisang abu, pisang nangka, mahupun pisang tanduk dan jenis pisang lain.
  3. Pisang dibelah dua. Celup dalam bancuhan tepung tadi dan sedia untuk digoreng. Goreng dalam minyak yang banyak dan betul-betul panas.
  4. Kalau nak sedap boleh tambah kelapa parut dan bijan. Selamat mencuba!tepung pisang goreng

Sumber: Yayar B. Awang Noh

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN