telur dadar thai

Baru-baru ini, viral di media sosial berkenaan sebuah kedai makan yang menjual telur dadar Thai dengan harga RM13 ringgit. Telur dadar tersebut dikatakan sesuai dengan harga kerana menggunakan beberapa ketul udang segar.

Namun begitu, buat sesetengah orang, harga untuk sepinggan telur dadar tersebut boleh dikatakan agak mahal. Oleh itu, jika ada yang teringin nak cuba telur dadar Thai tapi nak jimat, apa kata jom kita cuba masak sendiri.

Mari ikuti resipi yang telah dikongsikan oleh Rozmaliza Omar di bawah.

Baca juga: Cara Goreng Telur Mata Kerbau Yang Cantik Elok, Kena Ikut 3 Tips Ini

CARA MASAK TELUR DADAR THAI

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur A
  • 7 ekor udang cuci bersih
  • Segenggam daun thai basil*
  • Daun bawang*
  • Cili padi hijau*
  • Cili padi merah*
  • Bawang rose hiris
  • Sos ikan brand Tiparos
  • Garam (empunya resipi tak letak)
  • 2 jenis serbuk perasa (guna yang ada jenama)
  • Gula perang (bukan gula putih)

Cara-cara:

1. Hiris semua bahan bertanda (*). Masukkan ke dalam telur dan campur semua bahan lain. Pukul sehingga rata dan sebati.

 

telur dadar thai2. Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan guna minyak yang baru bagi setiap omelette.

3. Bila dah siap goreng, angkat dan letak ke dalam pinggan. Hiaskan dengan taugeh.

telur dadar thai

4. Sedap jika dimakan dengan sos Prik Nam Pla. Mari ikuti resipi di bawah.

Resipi Prik Nam Pla

Bahan-bahan:

  • Bawang putih 5 ulas
  • Cili
  • Sos ikan
  • Sos golden mountain
  • Jus asam limau (jangan guna yang botol)
  • Gula thai/gula somatan 1 sudu

Cara-cara:

1. Cincang bawang putih dan cili mengikut tahap kepedasan yang disukai. Letakkan di dalam mangkuk.

2. Kemudian, tuangkan sos ikan sehingga tenggelam bahan cincang. Letakkan juga sedikit sos golden mountain.

3. Perah asam limau dan masukkan gula thai atau gula somtam. Kacau rata dan siap!

Kredit resipi dan gambar: Rozmaliza Omar

Baca juga: Cara Masak Telur Mata Sambal Hijau, Pedas-Pedas Manja Tapi Sangat Nikmat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN