Siapa saja yang tak suka cekodok pisang? Nak tahu rahsia untuk hasilkan cekodok pisang yang gebu dan rangup macam ini? Jom cuba resepi cekodok pisang rangup yang akan dikongsikan ini!
Kudapan yang rangup di luar, lembut di dalam ini memang kegemaran ramai. Dari budak-budak sampai orang dewasa. Kalau minum petang dengan teh tarik atau kopi ‘O’ panas, fuh memang layan!
Tapi, nak buat cekodok pisang yang betul-betul sedap, gebu dan rangup itu ada rahsianya. Kadang-kadang bila kita cuba buat sendiri, hasilnya tak menjadi macam yang diharap. Ada yang jadi keras, ada yang lembik dan ada yang tak masak sekata.
Jangan risau! Kali ini, kami akan kongsikan resepi cekodok pisang yang mudah dan dijamin menjadi. Resepi ini lengkap dengan tips-tips penting supaya cekodok pisang anda gebu, lembut di dalam dan rangup di luar. Jom kita cuba!
Baca juga: Cekodok Ikan Bilis Rangup, Dah Sejuk Pun Sedapnya Tak Hilang
RESEPI CEKODOK PISANG RANGUP
Bahan-bahan:
- 2 ikat pisang emas (lenyekkan)
- Tepung gandum (secukupnya sehingga adunan cantik elok seperti dalam gambar)
- 2 sudu kecil butter
- 1 sudu kecil garam
- 5-6 sudu makan gula (boleh dikurangkan jika mahu kurang manis)
- 1 sudu teh baking powder
Cara-cara:
1. Lenyekkan pisang emas sehingga hancur.
2. Masukkan butter, garam, gula dan baking powder ke dalam pisang lenyek. Gaul rata.
3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit ke dalam adunan pisang. Gaul sehingga adunan menjadi sebati dan tidak terlalu lembik atau terlalu keras.
4. Panaskan minyak masak dalam kuali.
5. Gunakan sudu untuk mengambil adunan dan masukkan ke dalam minyak panas.
6. Goreng cekodok sehingga berwarna kuning keemasan.
7. Angkat dan toskan minyak.
8. Sedia untuk dihidang!
Tips:
- Pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng cekodok supaya ia tidak menyerap terlalu banyak minyak.
- Jangan terlalu banyak memasukkan cekodok dalam kuali sekali gus kerana ia boleh menurunkan suhu minyak dan menyebabkan cekodok menjadi lembik.
- Boleh dihidang bersama teh atau kopi. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Suraya Jainul
Baca juga: Resipi Cekodok Manis Rangup, Ini Rahsia Bulat Elok & Tak Serap Minyak