cara berlauk

Tengah fikir nak buat kuih apa untuk berbuka puasa nanti? Apa kata jom cuba resepi kuih cara berlauk yang lembut dan sedap ini.

Kalau buat sendiri dijamin lebih puas hati kerana boleh letak inti sebanyak mana yang disukai. Baru lebih nikmat bila makan.

Bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya juga sangat mudah. Pertama kali buat pun confirm menjadi. Jangan lupa cuba ya!

Baca juga: Resipi Kuih Sagu Yang Sedap & Tak Lembik, Sukatan Kecil Untuk 2-3 Orang Makan

RESEPI CARA BERLAUK INTI DAGING

cara berlauk

Bahan-bahan inti daging:

  • 100g daging cincang
  • 1/2 biji bawang holland (dipotong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (dipotong dadu)
  • 1 sudu besar rempah kari daging (dibancuh dengan 3 sudu besar air panas)
  • Daun sup
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Tumis bawang holland dan bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan rempah kari dan masak sehingga pecah minyak.
  3. Setelah pecah minyak, masukkan daging, daun sup, gula dan garam.
  4. Masak sehingga daging masak dan kering.

Bahan-bahan untuk kuih cara:

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar kunyit atau sedikit pewarna kuning
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan dan kisar hingga sebati.
  2. Sapu minyak pada acuan dan panaskan di atas api kecil.
  3. Bila acuan sudah panas, tuangkan adunan kuih cara ke dalam acuan.
  4. Letakkan inti daging, daun sup/daun bawang dan cili.
  5. Masak di atas api kecil dan tutup acuan. Cucuk dengan lidi, jika adunan tidak melekat, ia sudah masak.

Sumber: Nor Khomariah Norrohman

Baca juga: Resipi Onde-Onde Labu Yang Lemak Manis, Cara Mudah Confirm Jadi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN