resepi puding karamel simple

Apakah pencuci mulut paling sedap pada bulan Ramadan? Semestinya Puding Karamel. Jika anda buat resepi Puding Karamel simple ini, pasti terasa nikmat tak terhingga.

Puding Karamel merupakan antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai. Tak kira dewasa mahupun kanak-kanak, boleh dikatakan semua orang suka makan puding ini.

Jika anda ingin menyediakan pencuci mulut sedap pada bulan Ramadan, boleh ikut resepi Puding Karamel simple oleh Nur Syafiqah Mohd Rosli di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Puding Karamel Kukus Guna Roti Gardenia, Hasil Pasti Menjadi!

RESEPI PUDING KARAMEL SIMPLE

resepi puding karamel simple

Bahan-bahan untuk kisar atau kacau:

Bahan-bahan untuk gula hangus:

  • 20 sudu gula putih
  • ¾ cawan air

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, cairkan gula sampai hangus dengan menggunakan api kecil saja. Lebih gelap, lebih cantik tapi jangan lama sangat sebab takut pahit nanti.

2. Setelah bertukar warna, masukkan air dan sejukkan sebentar atau letak tepi pada suhu bilik, kemudian tuang dalam 1½ sudu untuk setiap bekas.

*Tips: lapik bekas dalam dulang berisi air atau ais ketul supaya tak berlubang apabila isi air gula panas.

resepi puding karamel simple

3. Kemudian, campurkan telur, tepung kastard, esen vanilla, susu cair, susu pekat dan air. Terpulang sama ada nak kacau dalam periuk atau kisar. Jika kisar, jangan lama nanti berbuih.

4. Apabila sudah selesai, tuangkan dalam bekas yang sudah diisikan dengan gula hangus tadi.

5. Selepas itu, kukus selama 20 minit.

*Tips: nak jaga air kukus daripada menitis, ikat penutup periuk dengan kain.

6. Akhir sekali, sejukkan dalam peti ais selama beberapa jam. Siap untuk dinikmati!

Bahan-bahan untuk buat Puding Karamel taklah terlalu banyak. Namun, cara menyediakannya perlu diambil perhatian supaya tiada bau hanyir telur dan tak berlubang.

Dengan resepi Puding Karamel simple ini, anda akan kagum dengan hasilnya yang sangat lembut dimakan serta tiada bau hanyir telur sama sekali.

Selamat mencuba!

Sumber: نور شفيقه محمد روسلي (Nur Syafiqah Mohd Rosli)

Baca juga: Puding Karamel Tanpa Telur, Resipi Tak Perlu Kukus Tapi Licin Kejadiannya

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN