jus epal asam boi

Apabila makan di kedai, sekali-sekala kita akan pesan minuman seperti Jus Epal Asam Boi yang segar. Sebenarnya, anda boleh buat sendiri di rumah secara sihat dan sedap.

Jus Epal Asam Boi adalah antara minuman buah-buahan yang bagus kerana banyak khasiat yang terkandung di dalamnya. Apabila minum jus ini, tekak anda akan rasa terus segar.

Lebih-lebih lagi, jus ini sentiasa menjadi pilihan jualan yang paling laris di bazar Ramadan. Senang cerita, ramai yang akan cari jus ini sebagai minuman buka puasa yang sedap.

Melalui blognya, Nurniezza telah kongsikan cara buat jus ini secara lebih sihat dan segar dengan langkah demi langkah yang sangat mudah. Jom kita cuba!

Baca juga: Sirap Hijau Fanta Paling Asli, Ramai ‘Repeat’ Air Klasik Ini Sebab Segar Teramat!

RESIPI JUS EPAL ASAM BOI

jus epal asam boi

Bahan-bahan:

  • 1 biji epal (dipotong empat)
  • 1 sudu kecil serbuk asam boi
  • 2 hingga 3 biji asam boi
  • 1 biji limau kasturi (dipotong dua)
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 cawan air
  • Sedikit ais

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, kisar buah epal sampai hancur.

2. Apabila sudah siap kisar, toskan airnya.

3. Selepas itu, curahkan ke dalam bekas berlainan.

4. Kemudian, masukkan gula dan serbuk asam boi.

5. Seterusnya, perasakan dengan curahan air limau.

6. Masukkan ketulan asam boi dan kacau sebati.

7. Akhir sekali, masukkan beberapa ketulan ais. Siap untuk dihidang!

jus epal asam boi

Rasa masam dan manis yang secukupnya dalam Jus Epal Asam Boi ini pasti kena dengan citarasa anda. Jika hidangkan buat tetamu, pasti kesedapannya bakal dipuji nanti.

Resipi minuman ini hanya untuk seorang dan anda perlu gandakan kuantiti bahannya jika ingin buat banyak. Nak buat minuman untuk seisi keluarga, kenalah buat lebih.

Jika tiada idea minuman terutamanya untuk berbuka puasa bersama keluarga di rumah, anda boleh hidangkan jus ini. Setelah minum, nikmatnya rasa tak terhingga.

Selamat mencuba!

Sumber: Our Journey Begins (nurniezza.blogspot.com)

Baca juga: 5 Resipi Sirap Bandung Yang Sedap, Terpaling Padu Dengan Tekak

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN