resepi air berbuka puasa

Salah satu perkara yang paling dinantikan pada bulan Ramadan adalah berbuka puasa. Tapi, kadang-kadang kita mudah terpengaruh dengan minuman manis yang kurang sihat. Jadi, apa kata kita cuba alternatif yang lebih sihat dan menyegarkan dengan resepi air berbuka puasa ini.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan tiga resipi air sihat yang bukan sahaja segar, tetapi juga tanpa menggunakan gula. Resipi-resipi ini bukan sahaja lebih sihat, tapi juga banyak khasiat untuk tubuh badan jadi, jangan lupa cuba ya!

Baca juga: Cara Buat Air Katira Versi Mudah & Sedap, Resipi Daripada Penjual Bazar Ramadan

3 RESEPI AIR BERBUKA PUASA YANG SIHAT & MENYEGARKAN

1. Air Kelapa Bersama Chia Seed

resepi air berbuka puasa

Bahan-bahan:

  • 1 cawan air kelapa
  • 1 sudu besar biji chia
  • Jus 1⁄2 lemon
  • 1 sudu teh madu (pilihan)
  • Kiub ais

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan dalam gelas. Biarkan selama 5 hingga 10 minit untuk biarkan biji chia mengembang. Kacau sebati.
  2. Tambahkan ais kerana lebih sedap dinikmati ketika sejuk.

2. Minuman Hidrasi Timun & Yogurt

Bahan-bahan:

  • 1⁄2 cawan yogurt asli
  • 1⁄2 cawan air sejuk
  • 1⁄2 timun (diparut)
  • Secubit garam
  • 1 sudu teh madu (pilihan)
  • Beberapa helai daun pudina segar

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan sehingga halus.
  2. Hidangkan sejuk dengan kiub ais.

3. Jus Tembikai Daun Pudina

resepi air berbuka puasa

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tembikai yang telah dikisar
  • 1⁄2 cawan air sejuk
  • Jus 1/2 limau nipis
  • Beberapa helai daun pudina (dilenyekkan)
  • Kiub ais

Cara-cara:

  1. Kisar tembikai dan tapis jika perlu.
  2. Campurkan dengan air, jus limau nipis dan daun pudina.
  3. Hidangkan sejuk dengan kiub ais.

Sumber: Instagram @diet.tician_eats

Baca juga: Sirap Hijau Fanta Paling Asli, Ramai ‘Repeat’ Air Klasik Ini Sebab Segar Teramat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN